” Cutenya Rina, senyuman dia manis sangat.. ” – Netizen

Video Anak Maryam You Narae, Rina Yang Tersenyum-Senyum Apabila Diacah Oleh Bapanya, Nik Muhammad Ryzal Dalam Bahasa Korea Buat Ramai Yang Ger4m. Comel Sangat Baby Rina Ni !!

Rina merupakan anak kepada pasangan Malaysia dan Korea iaitu Nik Muhammad Ryzal dan Maryam You Narae. Pasangan ini sering berkongsi video-video Rina di akaun Instagram yang diwujudkan khas buat Rina dengan nama Duriankimchijunior.

Antara video terbaru yang dikongsikan ialah video Rina sedang diacah oleh bapanya dalam bahasa Korea. Rina dilihat tersenyum-senyum seolah-olah faham dengan apa yang dikatakan oleh bapanya.

Ryzal menyatakan kepada Rina bahawa mereka sayangkan Rina sambil menc1um pipi gebu Rina. Ramai yang ger4m melihat reaksi Rina yang dilihat gembira apabila diacah oleh bapanya. Nampaknya Rina nanti mesti fasih bahasa Korea dan bahasa Melayu.

Perkongsian ini menerima lebih daripada 7 ribu tanda suka buat masa ini sejak ia dimuatnaik. Semakin Rina membesar wajahnya nampak semakin iras dengan wajah bapanya. Wah, Rina ni memang daddy’s girl lah.

Jom tonton video di bawah :

Rata-rata netizen memuji wajah comel Rina dan mendoakan yang baik-baik buat Rina. Antara komen-komen yang diberikan :

” Alhamdulillah.. berkat kdrama. Aku pham la jgk skit2. Senyum macam maryam dah.. Such a beautiful baby.. “

” MashaAllahh comelnyer.. senyuman dia manis sangat.. ger4m tengok.. muka c0py paste daddy, mata mummy.. “

” So cute.. Smoga mmbsar jadi ank soleha .. Comelnyaaa..Untung Ryna.. lahir kat Malaysia, pandai berbahasa Korea.. “

” Rina suka senyum la .. semoga membesar jadi anak yang solehah.. Mcm abah awak la baby .. ger4mnya lahh.. “

” Cutenya rina seronok tgk dia membesar dgn sihat.. cakap korea bhai anak dia.. Walaupon takde translation faham rasanya.. “

” MasyaAllah… comelnya awakk.. Beautiful Baby she is .. semoga membesar dengan sihat baby rina.. so cute.. “

” Alolo cutenya… omma appa syg rina.. wah nanti baby boleh cakap dua bahasa.. untung rina baby kac0kan.. “

Bayi seusia Rina sememangnya seronok untuk diacah dan dilayan kerana mereka pasti akan selalu tersenyum. Semoga Rina membesar dengan sihat, sentiasa dilindungi oleh Allah SWT dan menjadi anak yang solehah.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Duriankimchijunior

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..