” Kenapa comel sangat ni haha, kelakar la.. ” – Netizen
Video Gelagat Heliza Helmi Yang M4lu-M4lu Ketika Ingin Disarungkan Cincin Oleh Dato’ Sri Mahadi Buat Peminat Terhibur. Alahai Heliza, Dah Sah Tu. Bukan Main Nak Bawak Lari Tangan. Part Last Tu, Suami Sarung Sendiri Terus. Haha !!
Tanggal 1 Januari 2022 dimulakan oleh Heliza Helmi dengan permulaan hidup yang baru. Baru sahaja menyandang gelaran isteri kepada usahawan bertaraf jutawan, Dato’ Sri Mahadi BZ, peminat memanjatkan kesyukuran kerana artis kesayangan mereka ini berkahwin akhirnya.
Memilih khidmat jurugambar terkenal, Aqo Imran, garapan gambar-gambar hasil tangan Aqo menyerlahkan lagi kecantikan majlis ini. Banyak juga video yang dikongsikan oleh Aqo dan salah satunya adalah ketika majlis batal air sembahyang.
Meninjau akaun Instagram Aqo Imran, telah dimuat naik bagaimana gelagat Heliza ketika suaminya ingin menyarungkan cincin ke jari manis. Terkenal dengan imej muslimah dan menjaga tata susila wanita Islam, Heliza nyata m4lu-m4lu ketika jarinya ingin disentuh oleh sang suami.
Comel sungguh melihat Heliza cuba melarikan tangannya tu. Dah sampai kej0ng jari jemari Heliza ye, punyalah segan. Ketika Heliza perlu menyarungkan cincin ke jari Dato’ Mahadi pun lucu juga gayanya. Last-last Dato’ Mahadi sarung sendiri cincinnya, haha.
Jom tonton video di bawah :
Tentunya tidak hanya yang berada di masjid tergelak melihat gelagat Heliza, malahan peminat yang menonton video oleh Aqo ini juga terhibur. Antara komen-komen peminat :
” Sebolehnya Heliza tak nak bersentuhan haha, sabar jelah. Halah dah tu Heliza haha, comel je tengok m4lu-m4lu camtu.. “
” Alahai sweetnya lah. Tak sangka ini jodoh mereka. inilah dikatakan jodohkan. Dua dua comel, shy shy cat hahha.. “
” Ahahaha comel je dia sarung dekat lelaki tu. kelakar lah kak heliza ni haha. Pengantin lelaki sarung sndri hahah.. “
” Dia pulang kn cincin pun macam penjual pulang baki 20 sen dekat customer. Klau boleh jangan kena langsung.. “
” Kenapa comel sangat ni haha, kelakar la. Kan dah pengantin lelaki sarung sendiri cincin haha. Style custimer tak0t bersentuhan sebab c0v1d ni.. “
” Pem4lu tapi kelakar Heliza ni. Last last pakai sendiri je encik suami haha. Comel lah dua-dua, semoga hingga jannah.. “
” Walaupun dah halal, dia masih tak0t tak0t lagi nak kena sentuh. Betul betul akward tu haha. Kelakar lah tengok pengantin baru ni.. “
” Sweet nya, malam pertama mau kena kejar ni Heliza haha. Dia punya m4lu m4lu kucing tu, kita tengok pun tersengih sengih.. “
Menghiburkan hati peminat sungguh Heliza ni, jelitawan yang kental jiwa dan berani namun pem4lunya bukan main lagi. Sarung cincin sendiri pun tak apalah Dato’ Mahadi, janji selesai majlis. Apapun, stay safe pengantin baru dan bergembira selalu bersama.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Aqo Imran, IG Amyrarosli, IG Dr Mohd Izhar
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..