” Wah Alhamdulillah rezeki baby, tahniah Ernie.. ” – Netizen

Ernie Zakri Kongsi Cerita, Terima Hadiah Istimewa Daripada Saiful Apek Dan Yassin Setelah Berduet Bersama Di Geg4r Vaganza. Untung Lah Baby, Hadiah Special Tu !!

Semalam, menerusi pertandingan Geg4r Vaganza minggu keenam, penyanyi Erni Zakri telah berduet bersama peserta Geg4r Vaganza iaitu Saiful Apek dan Yassin (SaYa) dengan membawa lagu bertajuk ‘ Hampir Ke Situ’ .

Terbaru, meninjau di akaun Instagram, Ernie telah berkongsi satu posting yang memaparkan gambar dirinya bersama Saiful Apek dan Yassin. Cerita Ernie, dirinya telah menerima hadiah yang diterima oleh kumpulan SaYa iaitu anugerah ‘ Bintang Cuckoo Paling Gemp4k ‘ .

Tulis Ernie lagi, dia begitu terharu setelah menerima hadiah tersebut. Malah Saiful dan Yassin ketika ditemu ramah oleh media, telah menjelaskan pemberian ‘ Bintang Cuckoo Paling Gempak ‘ kepada Ernie dan Syamel adalah sebagai hadiah buat kelahiran anak mereka nanti.

Posting yang baru berapa jam dikongsikan oleh Ernie itu telah mendapat perhatian followersnya. Hingga kini gambar Ernie menerima hadiah daripada Saiful Apek dan Yassin telah mendapat lebih 24 ribu tanda suka daripada netizen.

Ikuti perkongsian oleh Ernie di bawah ini :

( Kl1k butang KANAN > untuk menonton video seterusnya.. )

Di ruangan komen, ramai telah memberikan kata ucapan tahniah kepada Ernie. Selain itu, ada yang menyifatkan bahawa hadiah yang diterima oleh Ernie adalah rezeki anak dalam kandungannya. Antara komen-komen menarik adalah :

 ” Wah Alhamdulillah rezeki baby, tahniah Ernie. Memang p0wer Ernie smlm, wlpn sar4t mengandung, menyanyi tetap sedap.. “

 ” Semua lagu2 senario yg masih evergreen smpai srang. Menang ke tak, t0lak belakang, dorg memang terbaek. Alhamdulillah rezeki baby, tahniah Ernie dan SaYa.. “

” Suka tgok artis mcm ni, dtg dengan bakat bukan dengan populariti. Tahniah Ernie, terharu tengok video tu.. “

” Semp0ii abg Yassin dan abg Saiful. Salah satu cara menghargai seseorang yang membantu kita, terbaik lah.. “

” Alah memang sweet sangat lah. Rezeki Kak Ninie dan Abang Mil, tahniah. Untung baby dalam perut, uncle2 bagi hadiah special.. “

” Mengandung2 pun boleh nyanyi. Hebat lah Ernie. Seb4k pula baca apa yang ditulis Ernie ni, alhamdulillah rezeki tu.. “

” Wahh rezeki kak Ernie. Jaga diri dan bby Ernie. Comey sokmo ar kagum kite tngok Ernie.. “

Rezeki Ernie lah, tahniah Ernie. Mesti tak sangka kan dapat hadiah special daripada abang Saiful Apek dan abang Yassin. Apa-apa pun semoga segala urusan Ernie untuk bersalin tidak lama lagi akan dipermudahkan.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Ernie Zakri

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..