” Dah rupa anak orang Turki, comelnya Raudhah.. ” – Netizen
Gambar Terbaru Anak Datin Shahida, Raudhah Arshiyah Ketika Percutian Mereka Ke Turki Raih Perhatian Peminat. Comelnya Raudhah Pakai Tudung Macam Tu. Macam Shahida Bajrangi Bhaijaan Pun Ye !!
Pada perkongsian terdahulu, Datin Shahida Dherbs ada berkongsikan gambar bersama Dato’ Seri Aliff Syukri, anak-anak serta mertuanya yang berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur sebelum berlepas ke Turki bagi percutian keluarga mereka.
Meninjau akaun Instagram Shahida Dherbs, telah dikongsikan sekeping gambar anak kelimanya, Raudhah Arshiyah yang dipakaikan tudung berwarna kelabu. Raudhah yang manis wajahnya ini kerapkali dikatakan peminat akan wajahnya yang seiras dengan Datin Shahida sendiri.
Melihat ke ruangan komen, ramai peminat yang memuji kecomelan wajah Raudhah apabila dipakaikan sebegini. Nampak seperti anak orang Turki dan ada juga yang melihat wajah Raudhah seperti pelakon kanak-kanak dalam filem b0x office, Bajrangi Bhaijaan iaitu Munni.
Untuk makluman, ketika Datin Shahida sedang menghamilkan Raudhah beberapa tahun lepas, Datin Shahida ke Tanah Suci Mekah bagi melaksanakan rukun Islam kelima iaitu menunaikan haji. Ketika kelahiran Raudhah juga, ramai peminat yang mengatakan wajah Raudhah seperti orang Arab.
Jom baca perkongsian di bawah :
Perkongsian oleh Datin Shahida ini telahpun mendapat hampir 30 ribu tanda suka daripada peminat setakat ini. Antara komen-komen peminat :
” Balik kampung ke Dato’ Seri hehe. dah macam anak orang Turkey muka Raudhah ni, sangat sangat comel anak solehah ni.. “
” Sebijik macam anak orang Arab Turki, cantiklah Raudhah. Raudhah balik kampung ye, buat story banyak banyak datin, suka tengok.. “
” SubhanAllahh comel nya raudhah ni. Macam anak Turki dah haa. Orang Turki comel comel semuanya. Selamat bercuti datin dan keluarga.. “
” Dah rupa anak orang Turki, comelnya Raudhah pakai camni. C0py paste muka Datin Shahida ni, cantik sangat.. “
” Dah jadi macam anak Turki, comelnya Raudhah ni Datin. Raudhah seindah namamu, besar nanti tentu cantik macam datin Shahida.. “
” Comel betul anak mama. Macam anak Turkey dah, cantik betul Raudhah ni. Mcm shahida dlm cerita bajrangi baijaan.. “
” Bila tengok muka baby ni. dah sama muka bud4k kecil berlakon dalam cerita ” Bajrangi Bhaijaan “, macam Shahida dengan gaya tudung tu.. “
Boleh meny4mar jadi anak orang Turki lah Raudhah, cute sangat pakai tudung macam tu. Apa pun, semoga percutian Datin Shahida sekeluarga berjalan lancar dan dapat melawat semua yang lokasi pelancongan yang diinginkan. Stay safe dan happy selalu Datin.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Shahidadherbs
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..