” Comel, masing-masing muncung mulut menyebut kalam Allah.. ” – Netizen

Datuk Dr Sheikh Muszaphar Kongsi Video Anak Kembarnya, Sheikh Adam dan Sheikh Noah Sudah Pandai Membaca Surah An Nas. Wahh Pandainya Kembar Ni, Lancar Betul Bacaan Mereka !!

Bagi yang mengikuti angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor mesti tahu bahawa Dr Sheikh Muszaphar ini seorang yang tidak ‘ kedek0t ‘ ilmu dalam berkongsi tips penjagaan anak-anak kepada umum.

Malah Dr Sheikh Muszaphar juga sering berkongsi video mengenai gelagat anak-anaknya di akaun Instagram. Paling mencur1 tumpuan semestinya pasangan kembar iaitu Sheikh Adam dan Sheikh Noah. Ada sahaja gelagat si kembar ini buat ramai terhibur.

Terbaru, Dr Sheikh Muszaphar telah berkongsi mengenai perkembangan Adam dan Noah. Menerusi video itu, mereka sedang membaca surah An Nas. Kedengaran mereka sudah lancar membaca surah tersebut dengan bimbingan seorang tenaga pengajar.

Tulis Dr Sheikh Muszaphar, harapannya agar anak-anak lelakinya ini akan mampu khatam Al Quran ketika umur mereka menjangkau 6 tahun dan mengikut jejak langkah kakak-kakak mereka iaitu Bella dan Tasha sebelum ini.

Tonton perkongsian video tersebut di bawah ini :

Di ruangan komen, ramai yang memberikan kata pujian kepada Adam dan Noah yang sudah pandai membaca surah. Antara komen-komen menarik adalah :

” Wahh bijaknya dua-dua orang ni. Nampak perkembangan anak-anak Dr sangat baik lah, mgkin pembelajaran yang diajar oleh Dr sangat baik.. “

” Comelnya. Semoga dipermudahkan journey to khatam.  Adam dan Noah ni memang anak yang bijak dan aktif, terbaik.. “

” Comel, masing-masing munc0ng mulut menyebut kalam Allah. Semoga Adan dan Noah cepat boleh khatam Alquran ya.. “

 ” Comel je. Masing2 moncong2 mulut menyebut kalam Allah. Semoga menjadi anak-anak soleh ye Adam Noah.. “

” MasyaAllah TabarakAllah moga semakin lancar bacaannya serta mampu menghafal ayat2 suci Al-Quran. Sejuk perut ibu yg mengandungkannya.. “

” Pandainya Adam dan Noah, moga perkongsian video ini mampu menjadi contoh buat ibu bapa di luar sana untuk buat kepada anak2.. “

” Dah lah comel, bijak pula tu, kecil2 dah boleh baca surah yang boleh dikatakan panjang juga ni, tahniah Adam dan Noah.. “

Wahh bijaknya, baru berusia empat tahun Adam dan Noah dah berjaya membaca surah An Nas dengan baik. Tahniah Adam dan Noah, semoga anak-anak Dr Sheikh Muszaphar ini menjadi anak-anak yang soleh dan solehah buat Dr Sheikh Muszaphar dan Dr Halina.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Dr Sheikh Muszaphar Shukor

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..