” Walaupun dah berp1sah tapi hubungan tetap baik, Alhamdulillah.. ” – Netizen
Kehadiran Bekas Suami, Abdul Wafi Meraikan Hari Lahir Anak-Anak Bersama Datin Anne Ngasri Sekeluarga Cur1 Perhatian Peminat. Ramai Memuji Keakraban Keluarga Ni, Terbaik !!
Meninjau akaun Instagram Datin Anne Ngasri, telah dikongsikan satu video yang berdurasi lebih kurang seminit memperlihatkan sambutan hari lahir anak-anaknya, Warits , Wafri dan Nefa Naura di kediaman Datin Anne.
Apa yang menarik, majlis ini turut sama dihadiri oleh bek4s suami Datin Anne, Abdul Wafi. Tulis Datin Anne di kapsyennya, ucapan terima kasih untuk Wafi. Sekali lagi mereka sekeluarga dapat berkumpul pada hari istimewa anak-anak.
Untuk pengetahuan, hasil perkahwinan Datin Anne dan Wafi terdahulu, mereka dikurniakan 3 orang anak iaitu Abdul Warits, Abdul Wafri dan Nazharah Afrozah. Sekalipun perkahwinan mereka sudah berakh1r, namun kedua-duanya masih berhubungan baik.
Meriah sekali majlisnya walaupun simple dan hanya dihadiri ahli keluarga. Tidak nampak kek0k langsung apabila semua bersama-sama seperti ini malahan terpancar kegembiraan dan kebahagiaan pada wajah mereka.
Jom tonton video di bawah :
Rata-rata peminat memuji sikap Datin Anne dan Wafi yang tetap menjaga silaturrahim bersama bekas suami. Antara komen-komen peminat :
” Alhamdulillah suka saya tengok keluarga bahagia ni. Berkumpul 1 family besar membawa makna buat semua.. “
” Wahh Happy birthday anak anak soleh dan solehah. Both family sepakat, Alhamdulillah keluarga contoh.. “
” Alhamdulillah silaturahim terjaga erat. Beautiful family, happy life. Selamat hari lahir anak-anak. Aunty doakan semoga yang baik baik untuk kamu semua.. “
” Alhamduliilah happy family, semoga ik4tan keluarga ini bahagia sehingga ke akh1r hayat. Tak ramai dapat amal hubungan baik seperti ini. Tahniah.. “
” Sy suka tengok abg ukwahkan family abg wlpn dah tak bersama.. semoga Allah pelihara hubungan family abg .. tak semua orang kuat mcm brother.. happy birthday for your son.. “
” Semuga bahagia selalu dan disayangi semua. Suka tengok keluarga bahagia macam ni, bestnya.. “
” Bagusnya walau pun dah bercer4i demi anak2 berbaik jgk, Alhamdulilah semoga kekal silaturahim sampai bila2, walau pun tak sebumbung kaseh sayang jangan dip1sahkn, tahniah pada wafi dan bekas isterinya anne klau dulu jadi suami isteri.. “
” Alhamdulillah suka ngok keluarga ini… Walaupun dah berpisah tapi hubungan ttp baik… Alhamdulillah… Semoga yang baik2 untuk kalian sekeluarga ya.. Aminnn.. “
Pujian sememangnya wajar diberikan kepada Datin Anne, Wafi dan Dato’ Mohd Sumali atas ukhuwah yang terjaga dengan baik. Semoga ramai lagi pasangan lain dapat menjadikan keluarga ini sebagai keluarga contoh, demi kebahagiaan anak-anak.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Anne Ngasri, Wafi81
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..