” MasyaAllah, Anak kecil pun faham dan rasa kebesaran Al-Quran.. ” – Shera Aiyob
Video Anak Shera Aiyob Dan Zahiril Adzim, Nadi Anaqi Berkongsi Perasaan Apabila Membaca Al-Quran Buat Ramai Kagum. SubhanAllah, Semoga Jadi Anak Yang Soleh !!
Nadi Anaqi merupakan anak kepada pasangan selebriti, Zahiril Adzim dan isterinya, Shera Aiyob. Anaqi dilahirkan pada 19 Jun 2013, kini sudah berusia 10 tahun. Shera sudah lama tidak muncul di kaca TV kerana menumpukan perhatian terhadap keluarga.
Meninjau ke akaun Instagram, Shera ada memuatnaik satu p0sting terbaru iaitu sebuah video. Video yang berdurasi selama 1 minit ini memaparkan Anaqi sedang menceritakan sesuatu. Anaqi berkongsi perasaannya apabila membaca Al-Quran.
Jika anda mengikuti akaun Instagram Shera, pastinya anda pernah menonton video Anaqi yang rajin membaca surah-surah Al-Quran. Perkongsian Anaqi bukan sahaja membuatkan Shera berasa kagum malah para pengikut Instagramnya.
Perkongsian ini telah mendapat lebih daripada 6 ribu likes buat masa ini sejak ia dimuatnaik. Shera juga turut mengingatkan para pengikut Instagramnya agar sentiasa membaca al-Quran di rumah agar beroleh syafaat.
Jom lihat perkongsian di bawah :
Rata-rata mendoakan agar Anaqi menjadi anak yang soleh. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen :
” Allahuakhbar.. Subhannallah, goodboy anaqi.. Alhamdulilah.. Aamiinn. Anaqi anak soleh.. semoga anak soleh istiqamah ya .. “
” MashaaAllah Allahuakbar.. anak soleh.. Comey dia ckp sometimes senyum camtu.. Moga jadi anak yg soleh hensem boy.. “
” Alhamdulillah. Anak soleh mommy daddy Nadi Anaqi ni. Semoga Anaqi menjadi orang yang mencintai Al Quran sampai akhir hay4t. Aamin.. “
” MashaAllah moga anaqi mnjd huffaz dan memahami makna Al Quran tahniah mommy dn daddy atas didikan.. “
” AllahuAkhbar Goodboynye Nadi Anaqi anak soleh mommy daddy ni. Umur brpa anaqi? seb4k rasanya.. kecik2 dh paham.. semogaa mnjd ank soleh.. “
” Subhanallah.. anak solleh. Anaqi.. Semoga anak saya iman anaqi membesar hebat, soleh, baik, bijak dan loving macam nadi anaqi. Aminnnn.. “
” MasyaAllah tabarakallah anaqi.. Semoga menjadi anak yg soleh anaqi .. big b0y anaqi.. bagus didikannya.. subhanallah.. “
Selain itu, ramai memuji cara didikan Shera dan suaminya terhadap mereka sehingga lahirnya seorang anak yang cintakan al-Quran. Semoga Nadi Anaqi membesar menjadi anak yang soleh dan sentiasa mengamalkan bacaan ayat-ayat suci al-Quran. Aminn
Silakan SHARE..
Sumber : IG Erynne Erynna
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..