” Kelakar, belum sempat habis buka, anak-anak dah bunyi ‘wow’.. ” – Netizen

Video Membuka Hadiah Pemberian Rakan Sempena Hari Lahirnya, Perkongsian Roy Azman Buat Ramai Terhibur. Kita Yang Tunggu Pun Berdeb4r, Berbal0i Sangat Hadiah Tu !!

Bagi yang mengikuti pelakon Roy Azman di Instagram, pasti tahu dia seorang yang begitu kelakar. Ada sahaja perkongsian video oleh dirinya buat ramai yang menonton pasti tidak kering gusi ketawa melihat telatahnya.

Terbaru, Roy ada memuat naik sebuah video dia  yang memaparkan dia sedang membuka satu bungkusan. Difahamkan, Roy telah menerima hadiah hari jadi yang dihadiahkan oleh sahabatnya. Roy turut ditemani oleh anak-anak perempuannya untuk membuka bungkusan tersebut.

Di dalam video itu, Roy telah berkata bahawa hari lahirnya adalah pada bulan May yang lalu. Sempat Roy bergurau mengatakan bahawa pada awalnya sahabatnya itu mahu memberikan hadiah sebuah rumah, namun yang diterima Roy hanya bungkusan hadiah.

Perkongsian Roy itu telah membuat ramai tertarik untuk melihat kesudahan video tersebut kerana ingin tahu apa yang telah diterima oleh Roy. Video berdurasi 7 minit 43 saat tersebut telah mendapat hampi 30 ribu tontonan sejak ia dimuatnaik ke Instagram.

Jom tonton perkongsian video Roy di bawah ini :

Di ruangan komen, ramai yang terhibur melihat video Roy itu. Malah mereka juga teruja setelah melihat hadiah yang diterima oleh Roy. Antara komen-komen menarik adalah :

” Kelakar, belum sempat habis buka, anak-anak dah bunyi ‘wow’. Part last tu lagi lah, anak kant0ikan uban ayah, haha.. “

” Sanah helwah abg Roy. Kite pulak yg tak sabo bile tgok abg bukak hadiah tu. Seronok tengok gelagat anak-anak abg Roy.. “

” Abang ni tak pernah yer tak kelakar. Alahai reaction masing-masing tu memang kelakar ter0kk, haha.. “

” Dari tikt0k aku datang sini sebab reaction dia lucu betul plusss pula anak dia, alahai comell sangat-sangat lahh.. “

” Hahaha dapat fon baru, terus tya anak nk tak telefon lama. Alahai Roy memang ayah yang semp0ii habiss.. “

” Happy family lah. Berbaloi bukak byk lapis pun. Akhirnya hadiah yang betul2 buat kita pun sekali teruja tengok, mahal kot.. “

” kelakar Kita pun terjer1t sama. Tengok abg Roy buka awal-awal pun dah rasa tak sabar nk tengok hadiah apa.. “

Wow, hadiah bukan kaleng-kaleng Roy dapat. Berbaloi sangat tunggu berbulan-bulan pun. Meskipun hari lahir Roy telah berlalu, kami dari Berita Kopak ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat hari lahir kepada Roy, semoga Roy sentiasa bahagia bersama keluarga tercintanya.

Silakan SHARE…

Sumber : IG Roy Azman

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..