” Pandai dah dia main dengan daddy, comel tengok.. ” – Netizen

Video Suami Tasha Shilla, Atiq Idris Melakukan Aktiviti Bersama Anaknya, Raees Zander Cur1 Perhatian Ramai. Wah Pandai Lah Baby Raees Ni, Good Boy !!

Ramai sedia maklum, pelakon Tasha Shilla telah selamat melahirkan anak pertamanya pada bulan April yang lalu. Perkongsian khabar gembira itu dikongsikan sendiri oleh Tasha dan suaminya, Atiq Idris di akaun Instagram masing-masing.

Bagi yang mengikuti perkembangan pasangan ini pasti tahu sejak bergelar ibu dan bapa, Tasha dan Atiq sering berkongsi gambar mahupun video anak mereka yang berikan nama sebagai Raees Zander buat tontonan peminat-peminat.

Terbaru meninjau di akaun Instagram, Atiq telah berkongsi video terbarunya bersama Raees. Video itu memaparkan Atiq sedang bermain bersama Raees dengan menunjukkan mainan berwarna warni kepada Raees.

Video tersebut telah mendapat perhatian ramai kerana Raees yang kini sudah pandai menumpu perhatian ke arah objek yang ditunjukkan kepadanya. Wahh bijak lah baby Raees ni, nampak cerdik. Bagus aktiviti seperti ini, dapat membantu perkembangan sensori bayi (penglihatan).

Jom tonton video di bawah :

Di ruangan komen, ramai yang memuji perkembangan terbaru Raees ini. Peminat juga mendoakan yang baik-baik untuk Raees. Antara komen-komen peminat adalah :

” OMG so cute baby Raees. Looking so good guys. Semoga menjadi anak yang baik tau buat mummy dan daddy.. “

” Bijak dah dia, dah pandai tengok. Cepat betul berkembangan Raees. Bagus cara Atiq ajar Raees ni.. “

” Kejap masa, rasa macam baru semalam Tasya kongsi berita dia dah bersalin. Raees dah nampak besar.. “

” Dia nak main dengan Daddy lagi lah tu, tak na tidur lagi. Bijak lah Raees, semoga membesar dengan sihat.. “

” Aduiii cannot tahannn. Comel nyaaaa dia, ger4m tengok gaya dia tu, bijak betul baby Raees tengok.. “

” Dah cerdik nampak Raess ni. Daddy pun tunjuk skill menari depan Raees tu, haha comel tengok dua beranak ni.. “

” Bahagianya, tgk family kecil ni. Dah besar pun Raess, tak nampak cm baby baru umur 40 hari lebih, gaya tu dah macam tiga bulan ke atas.. “

Good boy lah Raees ni, sudah pandai mengenal dan memberi tumpuan kepada objek yang dilihat olehnya. Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak mendoakan semoga baby Raees Zander membesar dengan sihat dan menjadi anak yang soleh buat mummy dan daddy, amin.

Silakan SHARE…

Sumber : IG Atiq Idris, Tasha Shilla

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..