” Berulang-ulang kali saya tengok gambar ni, cantik sangat.. ” – Netizen

Kongsi Gambar Ruang Rehat Di Atas Rumah Baru, Ramai Yang Terpegun Dengan Dekorasi Rumah Chef Wan. Wow Hias Sendiri Rupanya, Cantik Dan Nampak Klasik !!

Nama chef selebriti terkenal, Chef Datuk (Dr.) Redzuawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan memang tidak asing lagi. Apa sahaja perkongsian oleh Chef Wan di laman media sosial pasti mendapat perhatian ramai.

Terbaru, meninjau di akaun Instagram, Chef Wan telah berkongsi gambar ruang rehat di atas rumah barunya. Tulia Chef Wan pada di kapsyennya, dekorasi tersebut dilakukan sendiri oleh dirinya dengan menggunakan perabot yang sedia ada.

Malah kongsi Chef Wan lagi, dia bersama pemandunya bersama-sama mengheret perabot-perabot dari bilik bawah bawa ke ruang atas. Perkongsian gambar oleh Chef Wan ini telah mendapat lebih 4 ribu tanda suka sejak dimuatnaik ke Instagram.

Ada peminat yang memuji bahawa Chef Wan memang seorang yang sangat mahir dalam menghiasi rumah. Wahh memang cantik, tengok pun rasa tenang sangat, boleh dijadikan sudut untuk Chef Wan selfie juga ni.

Ikuti perkongsian gambar tersebut di bawah ini :

( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya.. )

Di ruangan komen, ramai yang menyukai perkongsian gambar ruang rehat rumah Chef Wan. Antara komen-komen netizen adalah :

” Chef, berulang-ulang kali saya tengok gambar ni. Cantikk sgt, pandai Chef deco, teringin nk tgk in person.. “

” Loves d chacha marba styles. But Dato d wing chair should not covered d morrocan tiles. Placing it side by side much on d left side much better.. “

” Very beautiful enjoy Chef Wan, tengok tenang je ruang rehat ni, boleh lah rehat dengan tenang sambil menikmati secawan kopi.. “

” Mesti Cik Ani suka,¬† lawa betul ni anak dia hias. Nampak klasik hiasan Chef ni, berbaloi sngat kalau pandai deco.. “

” Ok la tu Chef, tak membazir upah orang untuk deco, sndiri pun boleh buat, cantik dan kemas pula tu.. “

” Bestnye Dato, angin sepoi-sepoi bahasa pula. Baring terlentang pon org tak nmpk, ¬†tenang dan nyaman.. “

” Sy cukup suka dgn rooftop memg dlm perancangan bila buat rumah baru nanti in shaa Allah.. akn ambil idea sket2 drpd rooftop DCW, boleh kan Dato.. “

Woww, memang cantik ruang rehat atas rumah Chef ni, patut lah ramai yang suka. Apa-apa pun perkongsian yang sangat menarik oleh Chef Wan dan semoga perkongsian ini juga menjadi inspirasi bagi sesiapa yang suka mendekorasi rumah.

Silakan SHARE…

Sumber : IG Chef Wan

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..