” Datuk K maintain je, yang lain semua dah berubah.. ” – Netizen

Asyraf Khalid Kongsi Gambar Lama Bersama Keluarganya. Wah, Lain Muka Masing-Masing Semasa Kecil. Apapun, Datuk K Nampak Maintain Je !!

Muhammad Asyraf bin Khalid, merupakan anak ketiga Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa bersama bekas isterinya, Datin Sri Tengku Zawiyah Tengku Izham. Asyraf mula dikenali sejak umur 12 tahun apabila bapanya berkahwin dengan penyanyi No. 1 negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Meninjau di akaun Instagram Asyraf telah berkongsi satu gambar buat tatapan umum. Perkongsian gambar tersebut adalah gambar lama yang kelihatan Asyraf bersama adik beradiknya yang lain, iaitu Anas Zawawi dan Muhammad Adib.

Turut ada bersama dalam gambar itu adalah ayah Asyraf, Datuk K. Sempat Asyraf berseloroh pada posting, bahawa adiknya, Muhammad Aazief tidak turut serta bergambar kerana kerusi yang diduduki oleh mereka itu tidak mencukupi ruang.

Gambar yang dikongsikan oleh Asyraf tersebut hingga kini telah mendapat lebih 6 ribu tanda suka sejak dimuatnaik ke Instagram. Wah muka masing-masing memang nampak lain lah ketika ini, Datuk K je yang tak berubah.

Ikuti perkongsian gambar tersebut di bawah ini :

Di ruangan komen, pelbagai respon telah diberikan oleh netizen mengenai gambar yang dikongsikan oleh Asyraf. Antara komen-komen tersebut adalah :

” Wah, I recall this picture as the 1st public picture when news about Dato Siti with Dato K came about. And yes that P0lo No.3 was the In thing back then.. “

” Saya rase sebab gambar ni terjadi let0pan fashion baju T bernombor tau. Cute muka anak-anak bujang Datuk K masa ni.. “

” Ni gambar zaman satu Malaysia baru nak mengenali Dato K dan anak-anak beliau. Wah kejap sama berlalu kan.. “

” Datuk K maintain je, yang lain semua dah berubah. Bial dah jadi bapa ni, saiz masing-masing ketara berubahnya, haha.. “

” Semua 4 anakanda lelaki Dato’ Sri Khalid tampan n segak. Tgk gmbr waktu kecilnya, semua tampan.. “

” Ni zaman kegemilangan Dato K n sons, bcoz of this photolah I’ve followed you gais since zaman remaja till now dah jadi bapak.. “

” Zaman ni baju polo ni tgh trend. Kenangan kan gambar masa kita kecil-kecil, bila tengok, mesti rindu.. “

Selain itu, pelakon Izara Aishah dan Tya Arifin turut tidak ketinggalan memberikan komen pada gambar tersebut.

Amboi Izara dan Tya, mesti terhibur melihat wajah suami-suami mereka ketika zaman remaja. Apa-apa pun, gambar tersebut memang menjadi kenangan buat Asyraf dan semoga Asyraf sekeluarga akan terus bahagia bersama.

Silakan SHARE…

Sumber : IG Asyraf Khalid, Tya Arifin

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..