” Cantiknya bilik, simple, organised yet so convenient.. ” – Netizen

Video Room Tour Erynne Erynna Raih Pujian Peminat. Fuh, Kemas Betul Susun Atur Dan Deko Bilik Erynne. Tak Keluar Bilik Berhari-Hari Pun Tak Apa Macam Ni !!

Pelakon kecik molek bernama Erynne Erynna ini pernah menjadi antara pelakon kanak-kanakĀ  popular suatu masa dahulu. Erynne yang kini telah berusia 24 tahun sudah pun bergelar ibu kepada seorang bayi bernama Medinah.

Wajah Erynne juga tidak berubah dari zaman kanak-kanaknya sehingga kini. Seorang yang aktif di laman sosial Instagram, Erynne sering berkongsikan pelbagai cerita tentang karier dan kehidupannya. Erynne juga banyak membuat produk review di akaunnya ini.

Meninjau akaun Instagram Erynne, telah dikongsikan satu video pendek yang menunjukkan room tour biliknya. Jika posting Erynne sebelum ini hanya kelihatan sipi-sipi sahaja ruangan bilik Erynne, kali ini Erynne payung keseluruhan bilik tidurnya ini.

Bermula dari bahagian katil, Erynne menunjukkan sepintas lalu ruangan meja solek, tempat membuat susu Medinah dan dalaman kamar mandinya. Memang kemas dan ada citarasa yang bagus Erynne dalam mendeko bilik.

Jom tonton video di bawah :

Kamar mandi Erynne pun kemas dan tersusun betul segala peralatan mandinya. Bak kata peminat, nampak seperti hotel mewah pun ada. Antara komen-komen peminat :

” Share la beli barang-barang kat mana. lawa ter0klah deko Erynne ni. kemas yang penting dan tenang mata tengok. Dah rupa hotel 5 bintang ni.. “

” Cantik dan simple je bilik Erynne. So peaceful and comfortable, lawa betul. Love this deko so so much. thanks eryyne, dh dapat idea nak hias bilik hehe.. “

” Nice ter0k lah. Kemas, simple dan cantik sangat. Suka tengok tersusun je, semua ruangan diguna dengan sebaik mungkin.. “

” Cantiknya simple but nice. Saya suka tengok hiasan bilik tidur Erynne, inspired laa. Ada special space lagi untuk Medinah. Talented la Erynne ni.. “

” Wahh nice bedroom dan bathroom you have. Bilik tidur yang saya idam-idamkan. Kemasnya, suka tengok. Kreatif Erynne.. “

” Suka laa deco macam ni, sejuk je mata memandang. Kalau ada bilik macam ni, tak keluar bilik berhari-hari pun takpe hehe. Next blh share beli brg2 kt mana ye.. “

” Cantiknya bilik, tenang je. Kalau dapat bilik macam ni, h1lang stress balik kerja. Simple, organised yet so convenient. So estetik la.. “

Bukan sahaja pandai berlakon, rupanya Erynne juga berseni dalam menghias dalaman. Memang nampak lawa biliknya ini. Bilik airnya pun wow sangat. Apa pun, semoga Erynne sentiasa success dalam karier seni dan gembira selalu bersama keluarga tersayang.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Erynne Erynna

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..