” Confident level tu haha, so cute.. ” – Netizen

Nur Aliah Lee Kongsi Video Cucunya, Aira Sofia ‘Mengeja’ Yang Mencuit Hati. Alahai Sofia, Lain Dieja Lain Disebut Ni. Part Food Cat Tu Lucu Lah !!

Meninjau akaun Instagram pelakon Nur Aliah Lee, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat cucunya, Aira Sofia. Memanggil cucunya itu sebagai CuSofia, Sofia adalah anak kepada anak Aliah bernama Puteri Nur Asyiqin.

Seperti ibunya, Sofia memiliki wajah putih yang comel. Sudahpun berusia 2 tahun, banyak perkongsian Aliah bersama Sofia dapat dilihat dari akaun Instagram Aliah. Dalam video ini, Sofia dilihat sedang duduk sambil melihat sebuah buku.

Aliah menulis di kapsyennya menyatakan CuSofia nya itu sudah pandai ‘mengeja’. Kelihatan gambar bersama perkataan bagi setiap objek yang dicetak pada buku tersebut. Apabila disuruh untuk mengeja, Sofia pantas sahaja menyebut hurufnya sambil jari diletakkan ke buku.

Yang kedengarannya huruf ‘p p i ‘ sahaja, namun sebutannya ada yang betul dan ada yang jauh terpes0ng haha. Bud4k seawal usia Sofia ini, memang bagus dided4hkan dengan bahan bacaan. Walaupun bukan mengeja dengan sebetulnya, sekurang-kurangnya mengalakkan sel-sel 0taknya berkembang.

Jom tonton video di bawah :

Pasti mencuit hati bila melihat gelagat comel Sofia ini. Dengan muka gembiranya dapat ‘mengeja ‘ dan berker0t kening tu, macam betul-betul mengeja ye Sofia. Antara komen-komen peminat :

” Confident level tu haha, so cute. Excellent betul food cat tu.. “

” Nasib dia tak spell pkp, pkpb, pkpd, pkp haha. Cutenya.. “

Bagi yang tidak mengetahui, selain Puteri Nur Asyiqin, Aliah juga mempunyai 3 orang lagi anak hasil perkahwinan dengan pengarah Aziz M Osman iaitu Putera Nur Iman, Puteri Nur Aisya dan Puteri Nur Ain.

Kata orang,  kasih sayang nenek terhadap cucu ni lain dengan sayangkan anak. Manalah nenek dan atuk tak sayang Sofia ni, banyak telatah dan petah mulutnya. Semoga Sofia membesar dengan sihat selalu dan jadi anak dan cucu yang membanggakan seluruh keluarga dewasa kelak.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Aliazekri , IG Puteri Nur Asyiqin

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..