” Anak-anak dah besar, mak ayah masih romantis lagi.. ” – Netizen
Gambar-Gambar Sambutan Ulangtahun Kelahiran Faizal Hussein Bersama Keluarga. Alahai Kacak Dan Manis Semuanya. Gambar Last Tu Sweet Sungguh !!
Siapa tidak kenal dengan aktor bernama Faizal Hussein. Popular dengan watak Roy dalam filem G1la-G1la Remaja, lakonan Faizal sentiasa dinanti-nantikan peminat. Sekalipun usianya sudah melebihi 50 tahun, namun wajah Faizal tidak banyak berubah dari dulu sehingga kini.
Meninjau akaun Instagram isteri Faizal iaitu Suhaila Sulaiman, telah dikongsikan beberapa keping gambar sambutan hari lahir Faizal yang dibuat di rumah. Turut sama kelihatan dalam gambar ini kedua-dua anak mereka, Fazryn dan Fazrick.
Sudah besar anak-anaknya, rupa Fazryn dan Fazrick memang mewarisi kecantikan dan ketampanan wajah Suhaila dan Faizal. Wajah mereka juga nampak seiras sahaja seperti c0py paste semua.
Kelihatan dalam gambar ini, sebiji kek coklat dengan 3 batang lilin dipacak di atasnya. Walaupun simple sahaja, tetap nampak gembira dan bahagia bila orang-orang tersayang ada di sisi. Suhaila pun nampak muda sahaja wajahnya sama seperti dulu.
Jom baca perkongsian di bawah :
(Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya.. )
Posting Suhaila ini mendapat respon daripada peminat dan ucapan selamat hari lahir juga diberikan peminat untuk Faizal. Antara komen-komen mereka :
” Happy birthday Roy. Semoga terus bahagia bersama Ila dan anak-anak tersayang. Hero pujaan zaman dulu ni.. “
” Happy birthday to your husband Ila. Semoga Ila sekeluarga dilimpahi rahmat dan kasih sayang Allah. Happy birthday Faizal Hussein.. “
” Selamat hari lahir Roy ku. Semoga sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang Allah. Dilindungi Allah selalu dan dimurahkan rezeki. Cantik kak Suhaila.. “
” Happy birthday lagend, happy family. Muka semua nampak sepesen je, sama semua. Anak cantik dan handsome, mak ayah pun tak tua-tua.. “
” Happy birthday kesayangan ramai Faizal Hussein. Semoga panjang umur, murah rezeki, semoga bahagia dan sihat sihat sellau. Aamin.. “
” Sweet family, happy besday Azroy g1la g1la remaja. Roy Roy hati kau ker4s Roy. Semoga dalam limpahan kasih sayang Allah selalu.. “
” Sanah helwah abang Faizal Hussein aka Roy. muka anak dara saling tak tumpah mcm almarhumah seniwati mahyon ismail.. “
” Happy birthday yang ke 25 tahun abang Faizal hehe. Anak-anak dah besar panjang, mak ayah masih sweet dan romantis lagi. Macam orang tengah bercinta je.. “
Keluarga bahagia yang penuh kesederhanaan. Selamat ulangtahun kelahiran buat Faizal Hussein dari kami di Berita Kopak. Semoga segala impian dan harapan dimakbulkan Allah, dikurniakan rezeki yang melimpah ruah dan bahagia selalu bersama isteri dan anak-anak tersayang.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Suhaila Sulaiman
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..