” Pandainya Aafiyah, jelas dan tepat sebutan huruf.. ” – Netizen
Video Siti Aafiyah Membaca Alif Ba Taa Raih Pujian Peminat. Wah, Jelas Sebutannya, Semoga Cepat Pandai Mengaji Aafiyah Yer !!
Meninjau ke akaun Instagram Aafiyah Khalid, terdapat sebuah video Siti Aafiyah yang meraih perhatian peminat. Video yang berdurasi 30 saat itu memaparkan gelagat Aafiyah yang gembira menerima hadiah iaitu sebuah buku.
Dato’ Seri Siti Nurhaliza kemudiannya meminta Aafiyah membaca apa yang tertulis di kulit hadapan buku tersebut. Dato’ Seri Siti menunjuk setiap satu huruf jawi tersebut sambil Aafiyah membaca dan mengenalpasti huruf tersebut.
Aafiyah yang baru berusia 3 tahun sudah dapat mengenal setiap huruf yang ditunjukkan oleh ibunya. Wah, hebatlah Aafiyah. Sebutan Aafiyah juga jelas satu persatu. Sangat terang hati Aafiyah mempelajari sesuatu perkara.
Namun begitu ada juga yang mempers0alkan sebutan huruf alif yang disebut Aafiyah. Mungkin sebutan Aafiyah lebih kepada sebutan bacaan Iqra. Nampaknya lepas ni pasti Aafiyah lebih mudah untuk mengaji pula.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini menerima hampir 80 komen buat masa ini sejak ia dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen :
” Ceria sekali cantik sayang anak Ibunya. Aafiyah suka sangat dpt hadiah.. seronok betul dia.. comelnya.. “
” Comelnya kakak aafiyah.. Pandai aafiyah moga membesar menjadi anak yg soleh dan solehan buat ayah dan ibu .. “
” Wah, pandai aafiyah. Jelas dan tepat sebutan huruf Tha… good aafiyah sebut huruf Alif ok.. kalo baris fathah baru bunyi “a” .. “
” Bijak betul anak Tokti ni.. Suka tengok Aafiyah menghiburkan hati anak yang cantik baik rasa nak pelok kejap .. “
” Sedap je tokti sebut.. anak shaliha pandai mengaji dah.. Kakak Afwa suka sungguh dia dapat meja baru.. “
” Bijaknya, dah pandai baca alif ba ta.. baru tiga tahun kan dah kenal huruf.. comel dan jadi anak solehah.. “
” Alahaii comey nya Kakak aafiyah ni…makin cerdik laa. Pandainye.. comel.. ger4m.. muahh, cyg afiyah.. hidung comel ikut ayah sngt.. “
Aafiyah kini sudah petah berkata-kata. Comel jer suara menyebut setiap huruf jawi tersebut. Kanak-kanak seusia ini sememangnya mudah mengingati apa yang dipelajarinya. Semoga Siti Aafiyah membesar menjadi anak yang baik, mendengar kata dan anak yang solehah.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Aafiyah Khalid
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..