” Makin kacak anak bujang Puan Sri, senyum macam Puan Sri.. ” – Netizen

Video Raya Puan Sri Normala Samsudin Bersama Keluarga. Wajah Terkini Anak Terunanya Raih Perhatian Netizen. Wah Memang Kacak Orangnya, Muka Puan Sri Versi Lelaki Ni !!

Jika sebelum ini telah dikongsikan oleh kami cerita mengenai posting Puan Sri Normala Samsudin yang tidak dapat pulang ke desa untuk berhari raya bersama bonda tercinta dek kerana pandem1k Cov1d-19.

Namun pada kali ini pula, kami telah meninjau di akaun Instagram, Puan Sri Normala telah berkongsi video rayanya bersama suami serta anak menantunya. Perkongsian oleh Puan Sri Normala itu sekali lagi telah mendapat perhatian netizen.

Manakan tidak, menerusi video itu kelihatan wajah terkini anak lelaki Puan Sri Normala yang bernama Asyraf. Wajah anak teruna Puan Sri Normala ini jika dipandang memang seiras seperti Puan Sri Normala, lebih-lebih lagi ketika Asyraf tersenyum.

Turut dikongsikan Puan Sri Normala adalah kata ucapan hari raya buat teman-teman kenalan mengenalinya di akaun Instagram. Meskipun raya yang diraikan hanya bersederhana, namun meriah melihat keluarga kecil ini membuat video raya mereka.

Ikuti perkongsian video tersebut di bawah ini :

Di ruangan komen, ramai yang turut memberikan kata ucapan selamat hari raya buat keluarga Puan Sri Normala serta keluarga dan ada yang memuji akan wajah anak lelaki Puan Sr Normala yang dikatakan semakin kacak. Antara komen-komen netizen adalah :

” Selamat hari raya Puan Sri sekeluarga, maaf zahir dan batin. Wah nampak meriah video ni, wlpun tak cukup ahli keluarga lain.. “

” Comel-comel tengok gaya masing-masing, hehe makin kacak anak teruna Puan Sri Normala, sekali senyum dah macam muka Puan Sri versi lelaki… “

” Cantik baju Datin, blh tahu beli mana. Selamat hari raya juga buat Puan Sri, Datuk Sri dan anak-anak, semoga Puan Sri sekeluarga sentiasa dalam keadaan sihat.. “

” Pandai semua buat gaya menarik, anak lelaki Puan Sri tu nampak m4lu-m4lu, tapi handsome bila senyum, oppss dah bertunang kan.. “

” Gaya Puan Sri dan suami memang comel lah tengok, selamat hari raya aidilfitri Puan Sri serta keluarga, maaf zahir dan batin.. “

” Sukaa tengok family Puan Sri Normala, nampak bahagia sangat. Salam lebaran buat Puan Sri seisi keluarga, stay safe Puan Sri .. “

” Very supportive husband Puan Sri, comel-comel belaka semuanya. Raya di rumah tanpa kunjungan tetamu pun tak apa, janji kita dalam keadaan selamat buat masa ini.. “

” Anak-anak Puan Sri cantik-cantik dan kacak. Seorang lagi mana, tak boleh balik ke, selamat hari raya Puan Sri cantik.. “

Memang kacak anak teruna Puan Sri Normala ni. Untuk pengetahuan, anak teruna Puan Sri Normala ini baru sahaja melangsungkan pertunangan bersama gadis pilihannya pada bulan lalu. Berita gembira itu turut dikongsikan sendiri oleh Puan Sri Normala di akaun Instagramnya.

Silakan SHARE…

Sumber : IG Normala Samsudin

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..