” Comel lah, dah macam mak-mak pula gaya Lara ni, hehe.. ” – Netizen
Gambar Lara Alana Sedang Meriba Adiknya, Lyla Amina Ketika Sedang Kelas Online Raih Perhatian Peminat. Comel Lah, Lagi-Lagi Pakai Baju Kelawar. Nampak Macam Mak-Mak Je Lara, Hehe !!
Umum mengetahui pasangan selebriti terkenal, Scha Alyahya dan Awal Ashaari telah menimang cahaya mata kedua mereka pada bulan Februari yang lalu. Perkongsian khabar gembira itu dikongsikan sendiri oleh mereka buat para peminat di laman media sosial.
Semestinya kehadiran ahli keluarga baru ini membuatkan Awal dan Scha begitu teruja. Malah selain pasangan ini, anak pertama mereka iaitu Lara Alana turut teruja akan kelahiran adiknya itu yang telah diberikan nama sebagai Lyla Amina.
Terbaru, meninjau di akaun Instagram Lyla Amina, telah dikongsikan gambar terbaru si kecil ini bersama kakaknya. Lara yang comel mengenakan baju kelawar sedang belajar kelas online sambil meriba adiknya, Lyla. Perkongsian tersebut sekali lagi telah mendapat perhatian ramai.
Manakan tidak, gaya Lara mendukung adiknya itu kelihatan seperti dia sudah mat4ng. Malah melihat wajah dua beradik ini memang kelihatan seiras. Perkongsian gambar itu juga telah meraih ribuan tanda suka daripada netizen.
Ikuti perkongsian gambar tersebut di bawah ini :
( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya.. )
Di ruangan komen, ramai yang memuji akan kecomelan dua beradik ini dan mereka juga turut terhibur akan kapsyen yang dikongsikan itu. Antara komen-komen menarik adalah :
” Nampak dah besar Lara bila duk0ng adik dia macam tu. Dua-dua comel, smga mnjdi ank yang solehah buat mummy dan daddy.. “
” Comel lah Lara, siap baju kelawar lagi sedang kelas online, haha smpat lagi yer perkenalkan adik kat kawan-kawan.. “
” Halah dah pandai jaga adik lah Lara, hehe Lyla ok ke tu duduk atas riba kakak, tengk akak study ye sayang.. “
” Biasala tu kakak2 nak show off ada adik baru kat member2. Comel betol lah dua org ni, ger4m tengok.. “
” Muka terpaks4 tu Layla, heheĀ Lara dah pndai mengasuh adik, senang lah kerja mummy Scha ye, comel ah gambar ni.. “
” Nampak mature terus Lara bila tengok gambar ni, nampak tinggi betul mcm bukan budak umur 6 tahun.. “
” Serius benar muka si kecik tu, klau ya pun kena paks4 masuk kelas online kakak pun, jangan mas4m muka tu, hahaha.. “
Memang comel lah gambar ni, patut lah ramai yang suka tengok. Lara sekarang dah jadi big sister sekarang, dah pandai jaga adik. Apa-apa pun, semoga Lara Dan Llya membesar dengan sihat selalu dan menjadi anak-anak yang baik.
Silakan SHARE…
Sumber : IG Lyla Amina , Lara Alana
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..