” Terserlah cantiknya bila berhijab, lagi berseri dan tenang sahaja wajah.. ” – Netizen
Elyana Kongsi Gambar Bersama Kedua Anaknya, Cinta Sumayah Dan Cahaya Ramadhani. Cantiknya Elyana Bertudung, Nampak Manis Dan Ayu !!
Erneelya Elyana Emrizal atau lebih dikenali sebagai Elyana merupakan seorang penyanyi dan juga seorang pelakon yang mempunyai peminat tersendiri. Elyana telah mendirikan rumah tangga bersama Khairul Anuar Husin dan mempunyai dua orang cahaya mata perempuan bernama Cinta Sumayah dan Cahaya Ramadhani.
Meninjau ke laman Instagram milik Elyana, telah dikongsikan sekeping gambar Elyana bersama dengan kedua orang anaknya. Elyana mengenakan kemeja putih bercorak bersama dengan shawl berwarna hitam. Anaknya Cinta juga turut mengenakan baju kemeja sedondon dengan Elyana.
Kedua anaknya duduk mengapit Elyana. Ini sesuai dengan kapsyen tulisan Elyana yang mengatakan Cahaya Bonda Cinta. Apa yang menarik perhatian ramai adalah Elyana mengenakan hijab ketika gambar tersebut dirakam. Boleh dilihat di posting terdahulu, Elyana mengenakan tudung sejak bulan Ramadhan dan kekal sehingga sekarang.
Ini menimbulkan pertanyaan di kalangan peminatnya adakah Elyana telah berhijab sepenuhnya ataupun tidak. Mereka turut memuji Elyana yang kelihatan lebih manis dan cantik apabila mengenakan hijab dan berdoa agar Elyana akan terus istiqomah.
Jom baca perkongsian di bawah:
Rata – rata peminatnya memuji wajah Elyana yang makin cantik apabila bertudung serta mengucapkan selamat hari raya aidilfitri buat mereka sekeluarga. Antara komen-komen peminatnya:
“ Alhamdulillah elyana kekal brtudung… cantik sgt elyana pkai tudung.. manisnya.. Cahaya cinta bonda.. Selamat hari raya.. Happy family.. ”
“ Cantiknya 3 beran4k.. Cantik berhijab.. Alhamdulillah.. Allah.. Cantiknya sis.. Terbaik.. kekal bertudung.. Selamat Hari Raya Aidil Fitri Kak Nana elyanaofficial1.. “
“ Makin cantik elyana.. sejuk mata tgk.. Selamat hari raya aidilfitri Kak elyana sekeluarga.. semoga elyana bertambah sihat.. tabah dn kuat mjalani kehidupan seharian.. Aamiinn.. “
“ Cahaya Cinta Bonda .. comel miss u lor.. Lawa baju El.. Beli mn sedondon.. share plis.. Alhamdulillah.. Sejuk mata memandang elyana bertudung.. Eid mubarak El & family.. “
“ Elyana ni dah mmg lawa dari dulu lagi.. semakin terserlah cantiknya bila berhijab.. Bila kak el pakai tudung ni nmpk mcm lagi berseri dan tenang je wajah kak el.. “
“ Elyana sy minat sgt penampilan Elyana.. Lain dari yang lain.. Cantiknya berhijab dan semoga terus kekal istiqamah.. Slmt Hari Raya Aidilfitri elyana.. “
“ Cantik elyana.. semoga sentiasa sihat, happy, n dilindungi Allah s.w t sentiasa.. dri zmn sekolah lagi mg minat kt u pnye nyanyian.. lakonan n style.. Selamat hari raya kak.. “
Alhamdulilah syukur kiranya Elyana telah berhijab. Ini merupakan perubahan positif daripada Elyana. Semoga Elyana kekal istiqomah dalam berhijab. Selain itu juga, selamat hari raya Aidilfitri buat Elyana dan semoga Elyana dikurniakan kekuatan, kesabaran dan kesihatan yang baik. Amin
Silakan SHARE..
Sumber : IG Elyana official
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..