” Macam Aaisyah anak Che Ta lah, Che Puan Jue ni.. ” – Netizen

Juliana Evans Kongsi Gambar Semasa Kecil. Alahai, Comelnya. Memang Cantik Dari Kecil !!

Meninjau ke akaun Instagram selebriti Juliana Evans atau kini bergelar Che Puan Juliana, gamabr ketika masih kecil telah dikongsikan. Gambar tersebut dirakamkan pada tahun 1995 ketika berada di rumahnya di Mantin, Negeri Sembilan.

Juliana memakai baju kurung berwarna pink dan memakai selendang berwarna merah. Juliana pada masa itu baru berumur 6 tahun. Perkongsian ini telah meraih perhatian para pengikut di Instagramnya.

Ramai yang memuji kecomelan Juliana yang sememangnya cantik sejak dari kecil lagi. Ada juga yang menyamakan wajah Juliana ketika kecil seiras dengan anak kepada Rozita Che Wan iaitu Aaisyah Dhia Rana.

Namun, jika diperhatikan wajah Juliana juga ada irasnya juga dengan anak perempuan Juliana iaitu Tengku Kamiliah Zanariah Josephine Ehsan Shah atau lebih mesra dipanggil Milly. Juliana juga dilihat pandai bergaya sejak kecil.

Jom lihat perkongsian di bawah :

Perkongsian ini telah mendapat lebih daripada 2000 likes dan kebanyakan komen memberi emoji love. Antara  komen-komen yang diberikan :

” Wow So cute dan cantik dari kecik, Tahun ni I baru lahir .. kakak cantik.. Baru tau pernah dok Mantin dedulu.. Ju … ur mum n dad masih sihat ker.. “

” Salam Che Puan Juliana and Selamat Hari Raya to you and your family. I had an American neighbour in Taman Tun Dr Ismail back the 1980s who was a Lecturer at UITM.. “

” Mcm aishah ank che ta la che puan Jue ni.. dari kecik pandai posing.. belanja la gambar zaman remaja tv3.. “

” Comel.. che puan masa kecil lagi dah comel.. memang cantik habislah che puan ni.. Kaki tuuu lipat abis.. “

” The cutest, omg it that Milly hehehe.. vintage p0se n p0ise.. Macam aaisyah dhia rana sikit sikit..  comel sngat.. “

Lagi gambar yang dikongsikan ketika kecil :

Nampak comel kan Juliana semasa kecil. Jika dilihat pada gambar Juliana yang memakai baju berwarna merah di atas saling tidak tump4h seperti Milly. Walaupun Milly banyak mengikut wajah bapanya namun Milly mewarisi kecantikan ibunya. Semoga Juliana sentiasa bahagia bersama keluarga tercinta.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Juliana Evans

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..