” Abang ikut muka mummy, adik ikut muka daddy.. ” – Netizen

Gambar Terkini Anak-Anak Pelakon Mia Ahmad, Sayf Issa Dan Iris Raih Perhatian Peminat. Seorang Ikut Muka Mia, Seorang Lagi Muka Izham Tarmizi. Comel Dua-Dua !!

Mia Ahmad antara pelakon yang cukup diminati ramai. Manakan tidak, lakonannya juga sering kali mendapat pujian penonton. Namun, setelah mendirikan rumah tangga, kini Mia lebih memberikan tumpuan terhadap keluarganya.

Terbaru, meninjau di akaun Instagram, Mia Ahmad atau nama sebenarnya, Samihah binti Ahmad Baderi telah berkongsi gambar terkini dirinya bersama keluarga ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini.

Cantik melihat keluarga kecil ini mengenakan baju raya berwarna sedondon. Lagi-lagi melihat kedua-dua anak Mia iaitu Issa yang comel memakai baju Melayu, manakala adiknya pula, Iris mengenakan baju kurung.

Turut kelihatan akan penampilan terkini Mia yang kini semakin kurus setelah melahirkan anak keduanya pada tahun lalu. Perkongsian gambar itu telah mendapat tanda suka puluhan ribu daripada netizen sehingga kini.

Ikuti perkongsian gambar tersebut di bawah ini :

( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya.. )

Di ruangan komen, para peminat Mia tidak melapaskan peluang dengan memberikan kata ucapan selamat hari raya kepada Mia dan wajah anak-anak Mia juga telah mencur1 perhatian ramai. Antara komen-komen tersebut adalah :

” Selamat hari raya Mia sekeluarga, maaf dipinta andai ada tersalah bahasa. Comel anak-anak Mia, dah besar yang adik tu.. “

” Mummy dan daddy dah ready, anak-anak pula buat hal tak nk tgk kamera, hehe, dah slim nampk Mia sekarang.. “

” Cantiknya Mia, nampak dah kurus, yang sulung tu memang ikt muka mummy, yang adik tu muka dddy lah.. “

 ” Tengok gambar ni memang nampak si abang Issa ikut muka mummy, adik Iris ikut muka daddy, orang tua ckp sejuk kalau anak laki ikt muka mak, anak perempuan ikt muka ayah.. “

” Selamat hari raya aidilfitri to you Mia and family, maaf zahir batin. Gambar family yang paling comel, hehe.. “

” Selamat hari raya kak Mia, cantik lah, manis tengok, anak-anak pun comel, take care selalu kak Mia.. “

” Minal aidil wal faizin, mommy sweetheart sekeluarga cantiknya sejuk mata tgk tau keluarga ni, alhamdulillah.. “

Betul lah, yang kecil tu memang seiras sungguh dengan muka daddy. Apa-apa pun, semoga Mia dan suami sentiasa bahagia bersama anak-anak mereka dan didoakan semoga Issa dan Iris menjadi anak yang soleh dan solehah, amin.

Silakan SHARE…

Sumber : IG Mia Ahmad

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..