” Muda-muda dah pandai main hartanah dan kumpul aset.. ” – Netizen
Masya Masyitah Beli Rumah Baru Lagi. Kali Ni Rumah Dua Tingkat Pula, Besar Dan Cantik. Wah Hebat, Baru 21 Tahun Dah Ada 2 Buah Rumah !!
Penyanyi muda iaitu Masya Masyitah baru berusia 21 tahun. Baru-baru ini penyanyi ini telah meluahkan rasa syukur kerana berjaya membeli sebuah rumah lagi hasil daripada titik peluhnya selama ini.
Masya telah berkongsi beberapa keping gambar rumah barunya yang merupakan rumah teres dua tingkat di akaun Instagram miliknya. Masya turut memuat naik foto ketika menerima kotak ‘fuse cutout’ sebagai simbolik sudah memiliki kediaman dua tingkat itu.
Dua tahun sebelum ini, Masya sudah membeli sebuah rumah kondominium yang bernilai RM300,000. Rumah tersebut dibayar secara tunai oleh Masya. Ia adalah satu pencapaian yang luar biasa bagi seorang anak muda.
Perkongsian terbarunya ini turut membuatkan pengikut Instagramnya tumpang gembira dan bangga dengan kesungguhan serta kerja keras Masya sehingga berjaya membeli dua buah rumah pada usia yang masih muda.
Jom lihat perkongsian di bawah :
( Klik butang KANAN -> untuk melihat gambar seterusnya.. )
Kebanyakan netizen mengucapkan tahniah kepada Masya dan memanjat rasa syukur atas kejayaan Masya sehingga hari ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Alhamdulilah I’m so proud of u & family.. bestnyaaa muda2 da ada banyak rumah. Good investment dear .. “
” Alhamdulillah tahniahhh syabass anak mudo.. nk tgk masya deco umh.. jgn lupe share ye. tahniah dik.. rumh baru lagi.. “
” Tahniah kak Masya… btw akak takde single baru ke.. before this pon masya ada beli rumah jugak kan, condo tak silap kan? “
” Wahhh Alhamdulillah, proud of you .. sukaaa kak punn tengok adik berjaya . Adik tak sendu aihh . Good luck adik demi impian yg adik nak gapai .. “
” Wah muda2 dah pandai main hartanah dan kumpul aset. Terbaik .. Rumah baru lagi, ikut seneng lihatnya. Semoga berkah & makin lancar rezekinya, Aamiin.. “
” Alhamdulillah tahniah kak Masya.. always believe in sustenance, Allah knows the best… Alhamdulillah, congrats baby shayang .. “
” Alhamdulillah, congratulation kak masya, so happy and proud of you .. Muda2 dah ada rumah sendiri… Doakan sy berjaya juga .. “
Kami di Berita Kopak turut ingin mengucapkan tahniah kepada Masya Masyitah atas kejayaan yang dikecapinya. Kejayaan Masya dalam mengumpul aset di usia yang muda boleh menjadi inspirasi kepada golongan muda yang lain.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Masya Masyitah
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..