” Ingatkan madu la tadi, rupanya anak dengan isteri haha.. ” – Netizen
Gambar Raya Angah Raja Lawak Bersama Keluarga Raih Perhatian Dan Jadi Usikan Peminat. Wah Nampak Macam Ada 2 Orang Rumah La Angah. Sama Cantik, Sama Muda Anak Dengan Isteri. Cun Dua-Dua !!
Angah Raja Lawak selain pelawak juga dikenali peminat sebagai salah seorang penyampai di radio Sinar FM. Angah pernah bergelar duda hampir 10 tahun lamanya sebelum mendirikan rumahtangga bersama Amira Asyura.
Hasil tinjauan kami di akaun Instagram Angah, sekeping gambar terkini Angah bersama isteri dan anak-anaknya dikongsikan. Jika tahun lalu, warna biru menjadi pilihan Angah sekeluarga. Tahun ini pula, hanya isteri dan anak-anak sahaja yang sedondon warna bajunya.
Angah mengucapkan selamat hari raya di ruangan kapsyennya dan memohon kemaafan andai ada kes1lapan dari pihak Angah. Untuk makluman, anak perempuan sulungnya bernama Nurina Fasya adalah anak hasil perkahwinan terdahulu Angah dan sudahpun belasan tahun umurnya.
Melihat pada gambar ini, nampak seperti sebaya sahaja isteri dan anak sulung Angah ini. Iyelah hanya beberapa tahun sahaja beza umur mereka, boleh jadi kamcing seperti kawan-kawan. Dua anak Angah yang lain juga adalah perempuan kedua-duanya.
Jom baca perkongsian di bawah :
Gambar Angah sekeluarga ini menarik perhatian dan mendapat lebih 20 ribu tanda suka sehingga kini daripada peminat. Antara komen-komen mereka :
” Tahniah Angah kiri kanan hehe. Angah ajar sikit haha. Kalau tak ingat angah ada ank perempuan yg dh besar mesti terpikir angah kawin 2 haha.. “
” Selamat hari raya Aidilfitri. Power bang boleh duduk serumah, hhehe jadi pembaris jap bang. Mana satu bini mana satu anak ni, dua-dua cantik.. “
” Berapa umur angah ni ? Serius lah ank dah 17 tahun. Dgr radio baru nak stalk.. Ingatkan madu la tadi, rupanya anak dengan isteri haha.. “
” Ingatkan mula-mula pon bini dia. Rupanya ank dia. Baru teringat dia ada anak perempuan yang dah besar haha. Cun anak beranak ni.. “
” Besar dah anak Angah, bininya lawa muda sangat sampai tak dapat beza mana bini mana anak. Cantik isteri dengan anak dar4 Angah.. “
” Ingat angah berbini dua tadi, sorry hehe. Selamat hari raya mohon maaf zahir dan batin angah dan keluarga.. “
” Tak tau mana ank mana bini nmpk sebaya kan. macam akak dengan adik je. terbaik laa angah. muka bahagia semua.. “
” Huh, Nasib pernah terbaca yg angah ada anak perempuan. Lama dok tenung gambar ni. bila masa pulak 2 org. bru tringat sebelah tu anak, cantik sangat anak dara.. “
Ad0i bukan main lagi masing-masing mengusik Angah. Ada juga peminat yang menyangka Angah ada 2 orang isteri. Anak dar4 dah besar, cantik lagi. Apa pun, selamat hari raya untuk Angah sekeluarga dan semoga lebaran kali membawa lebih makna buat semua.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Angah Lawaking
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..