” Umur tak makan hangpa ke ? Maintain saja wei.. ” – Netizen
MUA Bellaz Kongsi Gambar Thr0wback Dan Gambar Sekarang Bersama Suaminya, Anuar Muhammad. Amboi Memang Segak Dari Dulu, Tak Banyak Beza Walaupun Dah 14 Tahun Kahwin. Maintain Je !!
Siapa yang tidak mengenali jurusolek popular dari utara iaitu Nabilah Zulyadaini atau lebih dikenali sebagai (MUA) Bellaz yang sering membuat live tutorial makeup di laman Facebook dengan menggunakan loghat utaranya yang pekat. Untuk rekod, Bellaz telah mendirikan rumah tangga bersama Anuar Muhammad dan dikurniakan tiga orang cahaya mata.
Meninjau ke laman Instagram milik Bellaz, Bellaz telah membuat photo grid gambar lama dirinya bersama Anuar ketika usia muda bersama gambar mereka berdua yang terkini. Bellaz yang mengenakan baju coklat dan bertudung hitam kelihatan muda dan cantik tanpa solekan pada wajah.
Menerusi kapsyen tulisannya, Bellaz memberitahu bahawa gambar yang diambil itu merupakan gambar ketika dalam fasa bertunang dan berada di Kuala Perlis. Gambar tersebut memperlihatkan Anuar yang tidak banyak berubah daripada segi fizikal dan gaya rambutnya digayakan.
Perkongsian Bellaz itu telah berjaya mendapat perhatian pengikutnya apabila masing-masing memuji mereka suami isteri yang seakan-akan tidak dimamah usia langsung dan maintain muda dari dulu sehingga sekarang termasuk gaya senyuman mereka yang sama.
Jom baca perkongsian di bawah :
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikutnya memuji kecantikan Bellaz dan ketampanan wajah Anuar. Antara komen-komen yang dit1nggalkan:
” Mudanya.. Skarang nmpk lebih matang.. Yg seblah tu tak jauh beza dr skarang.. Semoga berbahagia hingga keakhirnya.. “
” Dari dulu cantik sampai sekarang.. Cane boleh kurus bellaz.. Muka suami bella tak berubah dr dulu.. Pakai la baju yg sama… Huhuhu.. Mcm zaman dulu.. Msti comey.. “
” Wuu dulu bella slim.. Anuar cam tak de apa beza sngt pun.. Hahaha rambut style noooh dari dulu sampai lani.. Dua brubah mkin cntik n hansem.. “
” Senyuman yang kekal sama.. Mat nuart mcm husbnd sy.. Steady je body da 14 taun kawen.. Sweet bersemut la couple ini.. Sma cantik & padan.. “
” Dedua muka tak nmpk beza.. mcm tak dimamah usia.. Todiaa.. Mat nuaq tak brubah muka.. Maintain segak aih dari dlu smpai skrg.. Bellaz pun tak ubh memang cantik.. “
” Sama2 segak dr dulu smpai laa.. Tp laa lagi segak.. Cantiknya mcm barbie muka.. Semoga kekal hingga ke jannah.. Amin.. ”
” Umur tak makan hangpa kee ? .. Lawaa natuaral.. Mcm amisha patel aih.. Mat nuart macam duk stay umoq tunang tu ja.. Maintain jaaa weii .. jeles.. “
Sweetnya pasangan ini. Kalau dilihat, memang langsung tak berubah wajah Bellaz dan suami dari dulu dah sekarang. Tak salah kiranya throwback gambar lama. Pastinya mengamit memori indah yang terpahat di ingatan. Semoga rumahtangga yang dibina Bellaz dan suami berkekalan sehingga ke Jannah. Amin..
Silakan SHARE..
Sumber : IG Mua Bellaz
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..