” Comel la Han Byul ni. Telan air liur dia nak sebut abang itu.. ” – Netizen
Catriona Ross Kongsi Gambar Dan Video Bersama Pemenang Big Stage Musim Kedua, Han Byul. Part Han Byul Sebut Nama Rancangan Dalam Dialek Kelantan Tu Kelakar !!
Pelakon Catriona Ross yang semakin menempa populariti sebagai Kak Kek selepas berjaya membawakan watak seorang wanita pertengahan usia 40-an dari Pattani yang agak kepoh dan menggunakan dialek kelantan apabila membuat travelog ke Kelantan untuk mencuba masakan dan makanan yang popular di sana.
Menerusi laman Instagram milik Catriona, telah dikongsikan gambar dan video bersama dengan pemenang Big Stage Musim Kedua iaitu Jang Han Byul. Catriona akan bekerjasama dengan Han Byul dalam rancangan Kak Kek ngajar oppa kecek.
Menurut Catriona, ini merupakan hari pertama sho0ting rancangan tersebut. Menariknya, apabila Catriona menyuruh Han Byul menyebut nama rancangan tersebut, sebutan Han Byul ada yang tidak betul membuatkan Catriona ketawa dan membetulkan cara sebutannya.
Catriona sempat bertanya apa maksud perkataan oppa kepada Han Byul. Han Byul memberitahu bahawa oppa bermaksud abang dalam bahasa Melayu. Catriona kemudian membalas dengan mengatakan bahawa itu merupakan cara yang comel untuk memanggil abang.
Ikuti perkongsian di bawah :
( Klik butang KANAN > untuk menonton video seterusnya.. )
Rata-rata peminat tidak sabar untuk menonton rancangan tersebut serta memuji kekacakan Han Byul. Antara komen-komen yang dit1nggalkan :
” Comey do’oh duo2 nih… Suka btul tgk kak kek bcakap.. Ahhhhh tak sabar nak tgk cita ni kak kek.. Wi budu sebotol ko dio kak kek.. Baik dio laaa ado oppa.. “
” Arghhhhhh aku suka mamat ni.. I’d drive home with his cover of nabila razali peluang kedua on repeat.. Tak sabar nk tgk.. “
” Dua2 ade lesung pipit dalam.. Hanbyul punya lesung pipit kan helokkk terletak auu.. Cute.. Kak kek… I am jeles.. “
” Segakk kakok diooo ehhh.. Minat kt dia kak ooiii.. Hensem nau dak byul ni.. Wi budu sebotol ko hanbyul trus pandai kecek klate.. “
” Wow.. comeynya awak.. Tak sabar.. Hidung mamat tu, kenapa ?.. Kemah kak kek catrionabrianross.. Terus lagu ikan kekek lekat dalam kelapa.. “
” Oppa.. Aaa jadi.. Hahaha.. Kehel bia dio reti kecek klate terr catrionabrianross.. Jangak kak kek ter comeyy tak leh nak tek..”
” Comel lah hanbyul ni.. Telan ayaq lioq dia nk sebut abg tu.. Macam kakak dengan adik laa .. Suka lar nim.. Guane kak comei ter.. Tau tak paa… Jum reyau tepi katil sat.. “
Dalam rancangan tersebut, Catriona akan mengajar Byul bercakap dalam dialek kelantan.Tak sabar rasanya untuk menonton rancangan tersebut. Pastinya sangat menarik, kelakar dan penuh dengan gelak ketawa apabila melihat seorang korea bercakap dalam dialek kelantan.
Silakan SHARE.
Sumber : IG Catrionabrianross, IG Onestarbyul
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan.