” Terpegun dia layan lagu raya, alahai so comel Tunku Sofia.. ” – Netizen

Che Puan Sarimah Ibrahim Kongsi Video Gelagat Puterinya, Tunku Sofia Najihah Sedang Melihat Persembahan. Comel Lah Tunku Sofia, Kejap Je Dah Besar !!

Hasil perkahwinan pelakon dan pengacara terkenal, Che Puan Sarimah Ibrahim bersama Tunku Nadzimuddin, pasangan ini telah dikurniakan seorang puteri yang comel dan telah dinamakan sebagai Tunku Sofia Najihah.

Meninjau di akaun Instagram Che Puan Sarimah sering berkongsi gambar dan perkembangan terkini tentang anaknya. Malah ada sahaja perkongsian mengenai Tunku Sofia pasti menjadi perhatian warganet.

Terbaru, Che Puan Sarimah telah berkongsi beberapa gambar dan video tentang Tunku Sofia. Menerusi posting itu juga, Che Puan Sarimah telah berkongsi perkembangan anaknya itu yang kini telah pun dihantar ke sekolah.

Tulia Che Puan Sarimah lagi, Tunku Sofia sangat menyukai suasana sekolahnya dan rakan-rakan baharunya dan turut dikongsikan lagi adalah satu video mengenai gelagat Tunku Sofia sedang leka menonton sebuah persembahan raya.

Ikuti perkongsian tersebut di bawah ini :

( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya.. )

D ruangan komen, ramai yang memuji akan kecomelan Tunku Sofiah lebih-lebih lagi melihat gayanya yang seolah terpesona melihat persembahan tersebut. Antara komen-komen netizen adalah :

” Aaaww , terpegun dia layan lagu raya, alahai so comel Tunku Sofia You’re blessed.. “

” Terpegun si comel tu tengok persembahan depan mata, oo suka dengar lagu raya rupanya si comel ni.. “

” Nampak mature lah muka last video tu, kejap je masa, dah besar kan sekarang, nampk bijak.. “

” Comel lah Tunku Sofiah ni, belajar rajin-rajin tau, alhamdulillah dia dapat suaikan diri dengan persekitaran luar.. “

” Minat betul tengok orang dancing Tunku Sofiah ni, hehe sampai tak kelip mata dibuatnya .. “

” Salam Ramadan si comel. Bestnya tengok dia seronok. Kecil2 dah pandai nyanyi lagu raya amboi dia nampak sangat dah besar.. “

” Comel lah Tunku Sofia, enjoying her food and the performance too. Take care and stay safe always. Love always.. “

Cute betul puteri Che Puan Sarimah ni, patut lah dia mempunyai ramai peminat di laman media sosial yang sering mengikuti perkembangnya. Apa-apa pun, semoga Tunku Sofia membesar dengan sihat selalu dan menjadi anak yang baik buat mummy dan daddy.

Silakan SHARE…

Sumber : IG CP Sarimah Ibrahim

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..