” Sedapnya suara Putri, merdu sangat macam ibunya.. ” – Netizen
Datuk Nora Ariffin Kongsi Video Alunan Zikir Oleh Anak Perempuannya, Putri Nur Dahlia. Wah Lunak Dan Merdu Sungguh Suara Putri, Macam Suara Sheryl Shazwanie Pun Ada !!
Penyanyi berasal dari negeri Cik Siti Wan Kembang, Datuk Nora Ariffin bukan satu nama yang asing lagi. Popular dengan lagu Di Persimpangan Dilema, Nora baru sahaja menerima darjah kebesaran baru-baru ini yang memberikannya gelaran Datuk.
Pernah melalui peristiwa p1lu apabila kehilangan suami dan anak, Nora tetap positif meneruskan kehidupan bersama 3 orang anaknya yang lain. Meninjau akaun Instagram Nora, telah dikongsikan satu video yang memaparkan anak perempuannya, Putri Nur Dahlia Johan mengalunkan zikir Hasbi Rabbi.
Suara Putri memang merdu dan mewarisi suara emas ibunya. Ada lenggoknya yang tersendiri. Untuk rekod, Putri menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke 16 tahun Disember tahun lalu. Bagi yang tidak mengetahui, suara Putri juga ada digunakan dalam siri animasi berjudul ‘ Ummi.. Ceritalah Pada Kami ‘.
Putri yang sudah menginjak dewasa ini kelihatan semakin cantik dan manis seperti ibunya, Nora. Tambahan lagi arw4h papanya dulu juga orang seni. Secara tak langsung dar4h seni mengalir dalam tubuhnya.
Jom tonton video di bawah :
Suara Putri ini menerima respon dan pujian daripada peminat. Ada juga yang meminta untuk Nora membuatkan album untuk putri. Antara komen-komen peminat :
” Masya Allah sedapnya suara Puteri. Please do recording for her Datuk. Alhamdulillah macam ibunya juga.. “
” Alhamdulillah merdu suara Putri. Elok camni, sedap halwa telinga dengar zikir. Syahdu dengar indah alunannya.. “
” Sedapnya suara, Aamiin Allahumma Aamiin.. MasyaaAllah merdu nya suara. Comel macam ibu dia jugak.. “
” Alhamdulillah merdu sangat suara Putri. Best dengar.. Comelnya ingatkan Sheryl Shazwanie tadi.. “
” Masha Allah sedap betul suara dia dan cantik Putri sekarang macam mama dia. Ni pakej kuah tump4h ke nasi ni.. “
” Merdunya suara Puteri, anugerah Allah. Semakin cantik dia sekarang, alhamdulillah.. “
Suara Puti masih boleh digilap lagi dan tidak mustahil boleh bersaing dalam industri suatu hari nanti. Jika diberi bimbingan yang sepatutnya, mungkin Putri boleh berjaya sebagai penyanyi terkenal. Iyelah mana tump4hnya kuah kalau tidak ke nasi.
Semoga bakat Putri ini dapat diketengahkan lagi dan menjadi sebutir bintang seperti Nora. Siapa tahu boleh jadi sehebat Nora kan. Apa pun, semoga Putri success selalu dan menjadi anak yang solehah untuk Nora.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Nora Ariffin
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..