” Kita doakan semoga Zulin dipercepatkan jodohnya.. ” – Shima Anuar
Gambar Dan Ucapan Shima Anuar Buat Sahabatnya, Zulin Aziz Jadi Perhatian Peminat. Wah Sedondon Lagi tu, Rasa Dah Ada Bau Nasi Minyak Lah. Doakan Yang Baik-Baik Buat Zulin !!
Kisah cinta Zulin bersama seorang jejaka bernama Farhan Norzaini kian menjadi perbualan netizen di laman media sosial. Berkongsi gambar bersama-sama membuatkan para peminat Zulin yakin yang tidak lama lagi pasangan ini akan mengakhiri zaman bujang mereka.
Menerusi perkongsi Shima Anuar di Instagram, telah berkongsi gambar dirinya, suami dan anak-anak bersama rakan-rakannya termasuk Zulin Aziz dan Erin Malek serta anak-anak dan suami berada di satu tempat.
Shima turut memberikan kata ucapan terima kasih kepada Zulin dan mendoakan semoga Zulin dimurahkan rezeki dan cepat mengakhiri zaman dar4nya. Ucapan Shima kepada Zulin itu telah menjadi perhatian peminat.
Malah, gambar yang dikongsikan oleh Shima itu turut kelihatan seorang jejaka bersebelahan Zulin telah mencur1 pandangan netizen. Mereka berdua kelihatan berpakaian sedondon bertemakan warna putih serta berseluar jeans.
Ikuti perkongsian tersebut di bawah ini :
( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya.. )
Di ruangan komen, rata-ratanya mendoakan semoga Zulin akan cepat melangsungkan perkahwinan bersama jejaka pilihan hatinya. Antara komen-komen menarik adalah :
” Hensem ooo boyfriend Zulin, rasa tak lama dah Zulin nk ke jinjang pelamin, semoga segalanya di permudahkan.. “
” Aamin, semoga urusan Zulin untuk mendirikan rumah tangga akan dipermudahkan, makin cantik Zulin skrang.. “
” Bila best friend dah bagi hint tu, rasanya betul lah, tak lama dah Zulin nk menikah ni, dah buat persiapan kot, hehe.. “
” Alah tak sabar nak tgk Zulin naik pelamin, moga2 kali ini dipermudahkan dan Zulin akan bahagia.. “
” Cantik nya kakak, semoga di murah kn rezeki dn semoga kekal ke akhir jannah ya, amin,amin.. “
” Buah hati Zulin ke tu yang sebelah Zulin, hari tu ada post berbuka bersama, tapi lepasa tu Zulin padam post tu, rasa lelaki yang sama ni.. “
” Amboi yang tengah tu sedondon, tak lama dah bau nasi minyak, harap-harap kali ni menjadi lah Zulin.. “
Paling menarik, posting Shima itu turut mendapat respon daripada Zulin sendiri
Rasanya sebelah Zulin itu ialah Farhan Norzaini. Sebelum ini, Zulin telah membuat kenyataan kepada media bahawa dia belum bersedia untuk berkongsi lebih dalam mengenai hubungan bersama Farhan, so kita doakan yang baik-baik buat Zulin dan Farhan ok.
Silakan SHARE…
Sumber : IG Zulin Aziz, Shima Anuar
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..