” Bestnya berniaga di sana. Jeal0us tengok di Aussie semua tanpa mask.. ” – Netizen
Dayah Bakar Kongsi Video Pengalaman Berniaga Di Bazaar Ramadhan Di Canberra. Wah Meriah Betul Suasana Bazaar Di Sana. Pengalaman Yang Berharga Buat Dayah !!
Bulan Ramadhan merupakan bulan yang sangat dinanti-nantikan oleh umat Islam seluruh dunia. Walaupun pada tahun ini sambutan dan suasana menyambut bulan puasa amat berbeza disebabkan oleh C0v1d-19. Kemeriahannya tetap dirasai terutama hanya pada bulan puasa sahaja bazaar Ramadhan beroperasi.
Begitu juga dengan sambutan bulan puasa oleh pengacara Dayah Bakar yang sekarang menetap di Australia bersama anak dan suaminya iaitu Muhammad Hanif Hamidi. Meninjau ke laman Instagram milik Dayah, telah dikongsikan petikan video Dayah sedang melayan pembeli membeli pelbagai kuih dan lauk pauk masakan Malaysia yang di jual di Bazaar Ramadhan di Canberra.
Boleh dilihat suasana bazaar tersebut begitu meriah dan dipenuhi dengan ramai pengunjung dari pelbagai lapisan masyarakat. Menerusi kapsyen tulisan Dayah, Dayah berasa begitu seronok dapat membantu berniaga bersama-sama dengan mereka yang dianggap Dayah sebagai keluarga di sana.
Dayah juga sempat thr0wback pengalamannya berniaga lauk pauk bersama ibunya di Pasar Ramadhan TTDI. Di samping itu, Dayah turut memuji sikap komuniti masyarakat Malaysia di sana yang saling bertukar makanan untuk dibawa balik untuk berbuka apabila selesai jualan.
Jom tonton video di bawah :
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen berasa seronok dan cemb0ru melihat suasana bazaar Ramadhan di sana dan mereka tidak perlu memakai face mask. Antara komen-komen netizen :
” What an experience.. woow best nya berniaga di sana.. rindu lak suasana berpuasa di perantauan.. Bestnya kat australia tak payah pakai mask dah kan dayah.. “
” Wahhh takyah pakai facemask sana.. Indahnya suasana kat sana.. U make me miss australia so much.. the Malaysian community is small but so close and kind to each other..”
” Rindu sangat aussie.. jeal0us tgk di aussie semua tanpa mask.. Share lagi banyak videos please.. Take care Dayah & family.. Selamat berpuasa.. ”
” Kenapa sana lagi suasana raya berbanding sini.. sambut ramadhan dan syawal kat negara org lg seronok dari negara sendiri da skrg ni.. Seronoknya kt sana dh bebas.. “
” Bestnya ada jualan.. orang sana dapat merasa makanan Malaysia.. Seronoknya tengok suasana dekat sana.. paling best tak payah pakai mask dan jarak macam sini.. “
” Bestnya life without c0v1d.. Nak g aussie la hehehhe bestnya dpt mcm tu.. Kalau lah Malaysia boleh buat cam ni.. bahagia ya Allah.. Hidup normal dh kat sana.. Mask free.. “
” MasyaaAllah bahagianya lihat suasana di sana.. Rindu Malaysia yg dulu aman sentosa, bebas dan ceria.. Dayah punya energetic tu.. semangat kita tgok.. nampak meriah betul.. “
Suka melihat bagaimana Dayah dapat menyesuaikan diri dengan baik di mana sahaja Dayah berada. Pastinya semua yang berada di Malaysia merindui suasana tanpa perlu menggunakan face mask dan mematuhi SOP. Moga didoakan Malaysia akan bebas daripada C0v1d-19 sama seperti di Canberra. Amin.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Dayah Bakar
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..