” Wah ini rare bang Yim, mantap bang dua terus dibawanya.. ” – Netizen

Rahim Sepahtu Kongsi Video Sedutan Program Rasa Nostalgia Ramadhan Bersama Isteri-Isterinya, Kolin Dan Lily. Wah Special Betul Ni, Sp0rting Je Semua. Part Last Tu Dah Kenapa Rahim, Haaa Cab0t !!

Nama pelawak dan penyampai radio, Rahim Sepahtu bukan asing lagi bagi peminat seni tanahair. Umum mengetahui Rahim mempunyai dua orang isteri. Isteri pertama dikenali sebagai Kolin atau Norazlin Abdullah. Manakala isteri kedua pula bernama Lily Khay.

Meninjau akaun Instagram Rahim, telah dikongsikan sedutan video bagi program masakan iaitu Rasa Nostalgia Ramadhan. Apa yang menariknya, Kolin dan Lily turut bergandingan dan menjayakan program ini.

Kedua-duanya tampil cantik dan manis sekali. Seperti lirik lagu Tan Sri P Ramlee, ‘senangnya dalam hati, bila beristeri dua’ , senyum sahaja Si Rahim ketika memperkenalkan isteri-isterinya ini. Gelagat mereka bertiga juga menarik perhatian peminat.

Ini adalah kali pertama Kolin dan Lily bergabung dalam satu program. Memang lain dari yang lain episod kali ini. Alahai Rahim, untunglah badan dapat isteri-isteri yang sp0rting. Aksi Rahim ketika di penghujung video juga mencuit hati.

Jom tonton video di bawah :

Perkongsian Rahim ini mendapat respon daripada peminat. Ada juga yang menggelar Rahim sebagai Abang Jamil. Antara komen-komen mereka :

” Wahh abg Jamil, mesti tengok ni. wowww sangat, macam ni best. sangat luar biasa hehe terbaik lah bang Rahim.. “

” Lain macam la program yang ni. mantap bang, ini baru betul abang Jamil hehe. Padu lah bang Rahim, idola ni.. “

” Cayalah bang Rahim, ni baru rare ni. Anda hebat, power bang Yim. Dua-dua cantik dan ada iras iras mukanya.. moga berbahagia dunia akhirat kamu sekeluarga.. “

” Macamanala rasanya yer rahim, mesti dup dap dup dap tak hehe. korang memang terbaiklah, alhamdulillah.. Belum tengok full dah sengeh je tengok Rahim ni hehe.. “

” Wah ini rare bang Yim, mantap bang dua terus dibawaknya. Barula sama adil ye tak bang. Steady la pak Abu, terbaekkk.. “

” Luar biasa bang Rahim, Syukur Alhamdulillah moga dipermudahkan segala urusannya dan berbahagia dunia dan akhirat insyaAllah.. “

” Bahagianya hidup bang Rahim, luar biasa ni program ni hehe. Comel je semua, kita lak yang rasa eh eh bagusnya, kagum.. “

Peminat tentunya tidak sabar untuk melihat gelagat suami isteri ini. Peminat juga mendoakan kebahagiaan buat keluarga besar mereka ini. Semoga success selalu Rahim dan jadi suami dan ayah yang hebat untuk seluruh keluarga.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Rahim Sepahtu

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..