” Cantiknya rumah sis Sheila, kemas dan teratur.. ” – Netizen

Kongsi Video Ketika Menunggu Waktu Berbuka Puasa, Ruang Dalam Rumah Sheila Rusly Raih Pujian Ramai. Memang Cantik Dan Kemas, Tenang Jer Tengok !!

Bagi yang mengikuti pelakon dan penerbit drama terkenal, Sheila Rusly pasti tahu, dia seorang yang suka memasak dan dia juga tidak l0kek berkongsi pelbagai resepi masakan kepada umum di akaun Instagram miliknya.

Terbaru, Sheila ada memuat naik satu video yang memaparkan juadah makanan berbuka puasa yang telah dimasak oleh dirinya. Namun dalam video itu , Sheila sempat berkongsi beberapa ruang di dalam rumahnya sebelum menuju ke ruang makan.

Sekaligus perkongsian tersebut telah menarik perhatian ramai kerana ruang rumah Sheila kelihatan cantik dan kemas lebih-lebih lagi cara susunan atur perabut dan hiasan pada setiap ruang dan sudut itu begitu menarik dan elegant.

Malah sebelum ini pun, jika Sheila berkongsi videonya sedang memasak di dapur, memang dapat dilihat ruang dapurnya juga cantik dan susunan atur di ruang dapur rapi dan tidak berseler4k walaupun sering digunakan.

Di ruangan komen, warganet turut memuji rumah Sheila yang kelihatan begitu cantik dan kemas malah melihatnya begitu tenang. Antara komen-komen netizen adalah :

” Dari dulu lagi saya suka style rumah Sheila Rusly ni, cantik kemas dan teratur. Boleh lah jadi inspirasi untuk deco rumah.. “

” Lawanya rumah, kalau saya jarang keluar lah kalau ada rumah macam ni, memang cantik dan nampk tenang sangat.. “

” Simple deco, tapi nampak mewah, Sheila ni bukan sahaja pandai masak, rasa bab susunan barang dalam rumah pun dia yang atur ni.. “

” Kemasnya rumah, banyak ruang istirehat lah, tengok berulang-ulang video ni, sebab tak puas tengok, sebab cantik.. “

 ” Cantiknya rumah sis Sheila, saya suka tengok tau video atau gambar yang sis kongsi di rumah, sebab tengok mcm best jer.. “

” Your home is so beautiful sis terasa tenang dan nyaman bila melihat rumah sis, lapang dada tak stress.. “

” Cantikkkk, selamat berbuka sis, alahai bila lah nk dapat rumah cantik mcm sis Sheila ni, berangan jerlah.. “

Memang cantik rumah Sheila, patut ramai yang puji, nampak bukan sahaja cantik, malah susunan barang dalam rumah pun nampak kemas sangat. Semoga perkongsian ini dapat dijadikan sumber inspirasi untuk sesiapa yang ingin membuat deco rumah cantik seperti rumah sis Sheila Rusly.

Silakan SHARE…

Sumber : IG Sheila Rusly

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..