” So cutelah adik dan abang.. ” – Inai Jari
Video Gelagat Aqeef Anaqi Dan Adiknya, Ayra Aryssa. Alahai, Comelnya Berpimpin Tangan Dan Berkongsi Minuman. Comel Sangat Dua Beradik Ni !!
Aqeef Anaqi dan Ayra Aryssa merupakan cahaya mata pasangan pelakon, Amar Baharin dan Amyra Rosli. Aqeef berusia 3 tahun manakala Aryssa baru berusia 1 tahun. Menerusi akaun Instagram, dua buah video adik-beradik ini telah dikongsikan.
Video tersebut di ambil menerusi Instastory Amyra. Video pertama memaparkan Anaqi memimpin Aryssa dan kemudiannya mereka menaiki lif. Gelagat mereka berpimpinan tangan dilihat begitu comel. Terkedek-kedek si adik berjalan.
Anaqi dilihat sebagai seorang abang yang penyayang kerana sentiasa menjaga adiknya ketika berjalan. Sementara itu, video yang kedua pula memaparkan Aryssa berkongsi minumannya bersama Anaqi.
Perkongsian ini telah mendapat lebih 2000 likes sejak ia dimuatnaik. Kebanyakan komen yang diberi oleh netizen memuji kecomelan dua adik-beradik ini beserta emoji love. Pandai Anaqi menjaga adiknya.
Jom tonton video di bawah :
( Kl1k butang KANAN -> untuk melihat video seterusnya.. )
Untuk rekod, sebelum mendirikan rumahtangga, Amyra dan Amar sering bergandingan bersama dalam beberapa buah drama tempatan. Siapa sangka akhirnya mereka berkahwin dan kini bahagia bersama dua cahaya mata.
Sebenarnya seronok melihat gelagat anak-anak yang masih kecil, tambahan pula apabila mereka bersikap baik antara satu sama lain. Semoga Anaqi dan Aryssa sentiasa sihat dan menjadi insan yang berguna dewasa kelak.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Inai Jari, Amyra Rosli
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..