” Sebiji macam Darda lah, tak sangka pula.. ” – Netizen

Norman Hakim Kongsi Gambar 8 Tahun Lalu Bersama Isterinya, Memey Suhaiza Dan Abby Abadi. Namun Bayi Yang Didukung Oleh Abby Dalam Gambar Tersebut Jadi Perbualan Netizen. Betul Lah, Sekali Pandang Macam Darda, Siapa Ni ?

Meskipun telah lama berp1sah, namun jalinan hubungan baik antara Norman Hakim dan bekas isterinya, Abby Abadi sering kali mendapat pujian ramai. Bahkan Abby bukan sahaja akrab dengan Norman, malahan isteri Norman, Memey Suhaiza juga akrab dengan Abby seperti adik dan kakak.

Ada sahaja perkongsian mengenai mereka ini di laman media sosial mendapat perhatian ramai. Kagum dengan keikhlasan yang jelas dilihat akan ukhwah antara dua keluarga besar ini yang bersama-sama menjaga anak-anak mereka.

Meninjau di akaun Instagram, Norman Hakim telah berkongsi satu gambar lama yang memaparkan dia bersama Memey dan Abby Abadi. Kongsi Norman pada postingnya itu, gambar tersebut di ambil 8 tahun lalu, dan pada waktu itu adalah hari pertama Memey berhijab.

Namun yang menjadi perhatian dalam gambar tersebut adalah melihat seorang bayi yang didukung oleh Abby. Dalam pada masa yang sama, Norman juga menyuruh netizen meneka siapakah gerangan bayi tersebut.

Ikuti perkongsian gambar tersebut di bawah ini :

Di ruangan komen, netizen telah meneka bahawa bayi yang didukung oleh Abby adalah anak pertama Norman iaitu Muhammad Darwisz dan turut menyatakan bahawa bayi tersebut kelihatan seperti Darda, anak angkat Abby. Antara komen-komen warganet adalah :

” Awish kan, anak sulung Norman dan Memey, sebab sekarang umur Awish dah lapan tahun, betul tak, hehe.. “

” Comel lah baby tu, sekali tengok macam Abby tengah dukung Darda lah, mcm dejavu plak tengok, hahaha.. “

” Awish yang hensem tu lah kan, anak sulung Memey, alhamdulillah lapan tahun dah Memey berhijab, semoga terus istiqamah.. “

” Masa ni Abby kurus lagi, tapi sekarang pun tetap maintain cun walaupn berisi skit, rasa Abby dukung Awish ni kalau tak silap.. “

” Masih sedondon berpakaian dr dulu kan, semoga terus berkekalan lah hubungan baik dua keluarga ni.. “

” Awish macam muka Darda lah, hehehe memang sebiji, tak sangka pula, tengok gambar ni baru perasan, ingatkan Darda.. “

” Awish lah, masa baby nampak mcm baby girl. bamb4m betul Awish masa ni. Cantik Memey bertudung masa ni.. “

Tekaan netizen turut mendapat perhatian Norman dan Norman telah membalas pada ruangan komen.

Memang nampak macam Darda lah Darwisz masa baby dulu, comel dan m0ntel. Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak mendoakan semoga kedua-dua keluarga ini akan terus menjalinkan hubungan baik dan bahagia bersama, aamin.

Silakan SHARE…

Sumber : IG Norman Hakim

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..