” Cantiknya Tengku Puteri, muka klasik melayu.. ” – Netizen

Perkongsian Gambar Terkini Anakanda Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin, Tengku Fatimatuz Zahra Sempena Ulang Tahun Keputeriannya Yang Ke-19 Raih Perhatian Ramai. Alahai Manisnya Tengku Fatimatuz Zahra !!

YAM Tengku Puteri Daulath Raja Tengku Fatimatuz Zahra merupakan puteri bongsu bagi pasangan diraja negeri Terengganu iaitu Sultan Mizan Zainal dan Sultanah Nur Zahirah. Sekali imbas, terbayang jelas wajahnya seperti ayahanda dan bonda menghiasi senyuman.

Meninjau di akaun Instagram rasmi Terengganu Royal Family telah berkongsi ucapan dan gambar terkini YAM Tengku Puteri Daulath Raja Tengku Fatimatuz Zahra sempena ulang tahun keputeriannya yang ke-19.

Dalam perkongsian kata ucapan itu, turut mendoakan semoga Tengku Puteri Fatimatuz Zahra sentiasa diberikan kesihatan yang baik dan dikurniakan rezeki yang melimpah ruah. Perkongsian gambar Tengku Puteri Fatmatuz Zahra telah mencur1 perhatian netizen.

Untuk info, Tengku Fatimatuz Zahra telah diputerikan pada 19 April tahun 2002 dan turut mempunyai tiga orang kekanda iaitu Tengku Nadhirah Zahrah, 25, Tengku Muhammad Ismail, 23, dan Tengku Muhammad Mua’az, 21 .

Ikuti perkongsian tersebut di bawah ini :

( Kl1k butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya.. )

Di ruangan komen, ramai yang turut tidak melepaskan peluang memberikan kata ucapan selamat hari lahir dan memuji akan kecantikan puteri bongsu pasangan diraja Terengganu ini. Antara komen-komen warga netizen adalah :

” Selamat Menyambut Ulang Tahun Hari Keputeraan Tuanku yang ke -19 patik ucapkan. Semoga YAM Tengku Puteri sentiasa diberi kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan.. “

” YAM Tengku Puteri so beautiful. Selamat menyambut Ulang Tahun Kelahiran Tuanku. Daulat Tuanku.. “

” Sembah Ucapan Selamat Menyambut Ulang Tahun Hari Keputeraan YAM Tengku Puteri Daulath Raja Tengku Fatimatuz Zahra, manis betul puteri bongsu Sultan Mizan ni.. “

” Dah besar, cantiknya Tengku, muka klasik melayu, selamat hari lahir Tengku, semoga segala urusan Tengku sentiasa dipermudahkan oleh Allah, aamin.. “

” Comel Tuanku. Selamat Hari Lahir Tuanku. Semoga panjang umur murah rezeki. Semoga Allah sentiasa memberikan kebahagiaan dunia dan akhirat. Aamiin.. “

” Raut wajah melayu yg cantik. Selamat hari lahir Tengku Puteri, semoga menjadi anak yang solehah ayahanda dan bonda.. “

” Selamat Ulang Tahun YAM Tengku Fatimatuz Zahra, Semoga sentiasa dibawah Rahmat dan Lindungan Allah. Dah besar, makin cantik dan ayu.. “

Manis betul puteri bongsu Sultan Mizan Zainal Abidin dan Sultanah Nur Zahirah ni, wajahnya yang lembut dan tidak jemu dipadang. Kami dari Berita Kopak turut mengucapkan selamat hari lahir buat Tengku Puteri Fatimatuz Zahra, semoga Tengku Puteri sentiasa dalam lindungan Allah selalu, aamin.

Silakan SHARE…

Sumber : IGĀ  Terengganu Royal Family

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..