” Baru bangun pun cantik, comel la awak ni Ameena.. ” – Netizen

Video Gelagat Anak Fizi Ali Dan Shakilla Khoriri, Ameena Sofia. Alahai Mulut Tu Banyak Sungguh Celotehnya, Macam Mommy Sangat. Part Suruh Mommy Bagi ‘Baby’ Susu Tu Comel Je. Nak Adik Ke Tu Meena !!

Mahligai bahagia penyampai radio Suria, Fizi Ali dan pelakon, Shakilla Khoriri semakin meriah sejak kelahiran cahayamata pertama mereka bernama Ameena Sofia. Manja dengan panggilan Ameena, puteri kesayangan Shakilla ini baru sahaja menyambut hari lahirnya yang ke 2 pada 14 Mac yang lalu.

Seperti anak selebriti lain, Ameena juga turut diwujudkan akaun sosial Instagram dengan nama Ameena Sofia. Sehingga kini akaun ini sudahpun merekodkan seramai 152 ribu pengikut. Meninjau entry terbaru, telah dikongsikan video Ameena dengan kapsyen mengucapkan selamat pagi dan memberitahu Ameena selsem4.

Gelagat Ameena ini yang dirakam oleh Shakilla petah sahaja berbual dengan mommynya itu. Ameena yang berkulit cerah ini juga memiliki rambut yang hitam dan lebat. Dengan memel0k anak patungnya, Ameena mengatakan babynya itu menang1s dan ingin susu.

Walaupun tutur katanya masih pelat dan belum jelas sebutannya namun Shakilla dapat memahami bahasa Ameena ini. Alahai Ameena, muka baru bangun tidur pun nampak segar sahaja. Sempat lagi Shakilla mengusik Ameena dengan menyebut lipas.

Jom tonton video di bawah :

Gelagat Ameena ini mendapat respon daripada peminat dan ramai yang men1nggalkan emoji like di ruangan komen. Antara komen-komen peminat yang dapat dikongsikan :

” Baru bangun pun cantik, comel la awak ni Ameena. Rambut tu cantiknya dengan muka putih. Semoga cepat sembuh.. “

” Morning baby Ameena, manisnya awak ni Ameena Sofia. Pakai produk apalah rambut Meena tu, tebalnya.. “

” Comel la Ameena, manisnya muka ger4m tengok. Dia nak adik tu hehe, sama macam anak sedara saya sebaya pulak tu.. “

” Comel la Ameena ni, ger4m tengok. Rambut cantik, muka comel. Sedu la Ameena, cepat sembuh baby sayang.. “

Memang suka melihat anak-anak di usia seperti Ameena ini. Dengan bahasa pelat tu, boleh mencuit hati yang melihatnya. Tambah lagi anak perempuan, anak patung pasti menjadi bestfriend dan berkepit sepanjang masa.

Muka seiras daddy, petah bercakap macam mommy, tentunya riuh keluarga kecil Fizi dan Shakilla dengan telatah Ameena. Semoga Ameena cepat sembuh, membesar dengan sihat selalu dan menjadi anak yang solehah untuk mommy dan daddy.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Ameena Sofia, IG Fizi Ali

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..