” Wah pandainya tangan lambai-lambai mommy.. ” – Netizen

Dayana Roza Kongsi Berita Gembira Sedang Hamil Anak Sulungnya. Amboi Comel Je Tangan, Macam Melambai-Lambai Mommy Je Dalam Gambar Imbasan Baby Tu. Tahniah Dayana !!

Wajah pelakon bernama Dayana Roza ini sering dikatakan oleh peminat mirip dengan wajah Scha Alyahya. Pada bulan Ogos tahun lalu, Dayana selamat mengikat tali pertunangan bersama sahabat baiknya yang bernama A’dale. Sudah berkawan sejak beberapa tahun lalu, siapa sangka teman gad0h dan menyakat ini adalah jodoh Dayana.

Menceritakan kepada portal Metro, A’dale pernah melamar sebelum beberapa tahun lalu namun Dayana men0lak. Benar kata pepatah, kalau sudah jodoh tidak ke mana. Akhirnya pada 25 Disember, Dayana dan A’dale selamat diijabkabul sebagai pasangan suami isteri yang sah.

Meninjau entry terkini di Instagram Dayana, telah dimuatnaik sekeping gambar yang memperlihatkan keputusan imbasan bayi. Memaklumkan berita gembira kehamilannya ini, Dayana turut menulis bayi ini bakal dilahirkan pada bulan September nanti. Wah bunting pelamin nampaknya Dayana ini.

Melihat pada gambar ini, jelas kelihatan penampakan jari jemari janin dalam kandungan Dayana ini. Dayana juga sudah tidak sabar untuk melalui pengalaman pertamanya ini dan mengharapkan agar peminat mendoakan dirinya dipermudahkan.

Jom baca perkongsian di bawah :

Perkongsian Dayana ini mendapat ucapan tahniah daripada peminat. Wah hanya beberapa bulan sahaja lagi untuk ke bulan September, Dayana bakal menjadi seorang ibu. Antara komen-komen peminat :

” Oh my god, hi baby. Alhamdulillah, moga dipermudahkan segalanya. Happy for you sis, can’t wait to see baby.. “

” Adik bestnya. Alhamdulillah, congrats. Baby lambai-lambai aww are you ready mommy hehe. Dia cakap 5 bulan lagi mommy.. “

” Yeay geng September baby. Semoga dipermudahkan segala urusan mommy cantik, take care Dayana. Jangan las4k las4k tau… “

” Congrats Dayana, cutenya tangan dia lambai-lambai tu. Ger4m je tengok, cute little palm hand. Semoga dipermudahkan semuanya.. “

” Aww nak nang1s, am so happy for you dik. Can’t wait to see u baby September. Alhamdulillah, moga dipermudahkan sehingga selamat bersalin nanti.. “

” Yeayy dah agak dah sebab tengok gambar D sebelum ni. Tahniah D dan suami. Jaga diri, semoga sihat, bahagia dan dimurahkan rezeki selalu.. “

” Wah pandainya lambai-lambai mommy. Membesar dengan sihat baby. Tahniah Dayana, semoga berjalan lancar sepanjang kehamilan sehingga melahirkan.. “

Alhamdulillah rezeki Dayana dan suami untuk dapat menimang zuriat. Anugerah yang tidak ternilai yang pastinya menambahkan lagi kebahagiaan Dayana. Semoga segalanya dipermudahkan dan bayi dalam kandungan sihat sehingga selamat dilahirkan nanti.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Dayana Roza, Portal Metro 

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..