“ Lawak Arianna ni, Oktober pun boleh lah nak oiii.. ” – Netizen
Video Gelagat Anak-Anak Datin Almy Nadia Ketika Melawat Aquaria KLCC. Comel Semua Sedondon Pakai Baju Kurung. Part Masa Ariana Sebut Oktober Tu Terhibur Betul. Lain Yang Ditengok, Lain Disebutnya. Confident Sungguh !!
Umum mengetahui, Datin Almy Nadia dan suaminya, Dato’ Fizz Fairuz pasangan selebriti antara yang digemari ramai. Mereka berdua dikurniakan tiga orang anak perempuan yang comel dan sering berkongsi gelag4t puteri-puteri mereka di Instagram.
Mengintai ke akaun Instagram Datin Almy, satu perkongsian video anak-anak perempuannya ketika melawat pusat Aquaria KLCC meraih tumpuan peminat. Mereka bertiga kelihatan seronok dan cantik mengenakan baju kurung sedondon dalam video itu.
Arianna dan adik-adiknya kelihatan teruja melihat sotong di hadapan sambil dirakam oleh Datin Almy. Apa yang mencuit hati, anak sulung Datin Almy, iaitu Arianna yang mengatakan octopus itu adalah Oktober ketika menjawab pertanyaan mamanya buat peminat terhibur.
Menerusi video kedua, anak-anak Datin Almy nampaknya suka melihat ikan-ikan di sekitar situ sambil berjalan dan menyentuh dinding Aquaria. Arianna yang begitu teruja sempat lagi menanyakan soalan kepada mamanya adakah ikan tersebut boleh makan manusia atau tidak.
Jom tonton video di bawah :
( Klik butang KANAN > untuk menonton video seterusnya.. )
Lagi perkongsian Datin Almy dan anak-anak di Instagram.
( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya.. )
Gelag4t anak-anak Datin Almy ketika mengunjungi Aquaria mencuit hati peminat. Rata-rata terhibur dengan gelag4t anak sulungnya, Arianna. Antara komen-komen peminat :
“ Oktober bulan kelahiran papa dan makteh.. Oktober ppn bleh nana.. october beyday akak.. comel je.. Waalaikumsalam.. Yakin sangat tu October.. ”
“ Waalaikumusalam.. OCTOBER pun boleh.. Comel mesti sedondon je klw pakai baju.. Cuteeee October.. Kt mna ni sis.. alaa pagi2 tengok ikan pakai baju kurung.. ”
“ Alaaa yg video kedua tu.. comel dah mcm Hari Raya pulakkkk.. hahaha comel je semua.. Comellaaaa ank2 pkai bju krung.. tak blik mai penang ka oiii.. ”
“ Dengan yakin menjawab oktoberrr.. Hahahaa.. oktober pn boley la nakkk oiii.. Eh mana boleh eat beso itu.. eyy comel.. Comel je 3 beradik Ni.. suka tgk diorang suka pakai baju Sama.. ”
“ Traged1 Oktober ye Nana.. So cute nye.. pakai baju kurung comel sgt.. Waalaikumussalam.. Cute-nya.. Dekat mana ni.. Sape2 boleh bagitahu.. Terima kasih.. ”
“ Hahaha adoiiii octo tu dh ingat.. Wassalam pg.. hahah.. lawak nana ni.. ticket masuk brpe kak.. comel ikan.. hahaha oktober pereyyy.. ”
“ Semalam kat Grand Hyatt la kan, ternampak dari jauh tapi tak dan nak tegur.. Nasib baik bukan November.. Nasib dia tak tanya mummy naper tak buat masak poyakk hehehe.. ”
Seronok melihat Datin Almy meluangkan masa membawa anak-anak mengunjungi tempat yang menarik. Melihat telatah anak sahaja sudah menceriakan hari seorang ibu. Semoga anak-anak Datin Almy sentiasa sihat membesar menjadi anak baik dan solehah. Aminn..
Silakan SHARE..
Sumber: IG almynadiaofficial
Artikel ini disediakan oleh Berita Kopak. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..