” Wow, kurus dah Talisya, happy birthday.. ” – Netizen
Penampilan Anak Sharifah Shahirah, Talisya Di Majlis Hari Lahirnya Raih Tumpuan Netizen. Wah, Nampak Ramping, Cantik Dan Runc1ng Wajahnya. Sekali Imbas Seperti Ibu Saudaranya, Sharifah Sakinah !!
Baru-baru ini, pelakon dan pengacara Sharifah Shahirah atau lebih dikenali dengan nama Shiera telah menyambut hari lahir anak sulungnya, Allisya Tahir atau dipanggil Tallisya. Tallisya juga turut mengikut jejak langkah ibunya dengan melibatkan diri dalam dunia seni sebagai seorang penyanyi.
Mengintai ke akaun Instagram Shiera, dia ada memuatnaik sekeping gambar ketika sambutan hari lahir Tallisya. Shiera turut memberikan ucapan hari lahir buat anaknya itu di ruangan kapsyen. Majlis hari lahir tersebut diadakan serba ringkas.
Hanya bersama kaum keluarga, namun majlis tersebut tetap meriah dengan anak-anak Shiera yang kesemuanya seramai 5 orang. Tallisya merupakan satu-satunya anak Shiera bersama suaminya yang terdahulu iaitu Jat Ali.
Apa yang menarik perhatian netizen ialah penampilan Tallisya yang nampak semakin kurus. Malah bentuk wajahnya juga semakin runc1ng. Sekali imbas wajah Tallisya seperti seiras dengan ibu saudaranya, Sharifah Sakinah. Wah, makin cantik Tallisya sekarang.
Jom lihat perkongsian di bawah :
Penampilan Talisya yang nampak semakin kurus dan ramping itu telah meraih perhatian netizen. Mereka juga turut mengucapkan selamat hari lahir buat Talisha. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Beautiful family kata omputih. Ger4mnya dgn rambut memasing. kuruih dah tallisya apa rahsia? Tallisys sebiji aunty dia.. Kinah.. “
” Mana odah kak?? Dulu ejay suka sakat dia.. miss all of you. tantikk nya tallisya. Makin comei talisya tu…. happy birthday utk anak2 akak.. “
” Talissya mcm dh kurus ya. Mano talisha nye…. awattt kurus…. anak sis yang dukung dedey persis Rangga AADC laaaaa.. Bsr dah bujang .. “
” Wow, kurus dh talisha. Heppy besday talisha…. kuwuss g1ler. Dah nampak sebaya talisya, airell n aira.. y pentg rambt semua sma.. “
” Wahh talisya dh kurusss. Wow besar dah anak shiera. Happy birthday. semua muka sepesen je… Ijoy n Shiera junior.. “
” Happiest Birthday tallisya72, comey dooh.. OMG kurusnyaaaaaa tallisya72 …. mesti dpt coach drpd auntie sharifah_sakinah … bestnyaa.. “
” Wah.. Talisya dah slim.. Cantik.. selamat hari lahir talisya. semoga berjaya dan dimurahkan rezeki. suka tengok talisya.. “
Wah, memang nampak berbeza penampilan Talisya dahulu berbanding sekarang. Rasanya masih belum terlambat buat kami di Berita Kopak mengucapkan selamat hari lahir kepada Talisya. Semoga panjang umur, dimurahkan rezeki dan berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Sharifah Shahirah, Talisya
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..