” Ramai tanya, tak rimas ke dengan kids.. ” – Fasha Sandha
Kerap Ditanyakan Tentang Bercuti Dengan Ramai Anak-Anak, Ini Jawapan Fasha Sandha Untuk Peminat. Lain Orang Lain Persepsinya, Ye Tak. Komen Aidil Aziz Pun Bukan Main Lagi !!
Meninjau akaun Instagram Fasha Sandha, telah dikongsikan sekeping gambarnya bersama Aidil dan anak-anak mereka, Rayfal, Jemaima dan Aisha. Tidak hanya mereka sekeluarga, malahan anak-anak buah Fasha, kawan baik Rayfal dan Jemaima serta anak jiran juga menyertai percutian Fasha pada kali ini.
Ini bukanlah kali pertama Fasha berkongsi gambar dengan ‘anak-anak’ ramai sebegini. Malahan sebelum ini pernah peminat menyangka Aidil mempunyai anak kerana ayat Fasha yang menulis kapsyen berbunyi bersama anak-anak di kapsyennya.
Dek kerana ramai yang bertanya kepada Fasha perasaannya bercuti dengan ramai kanak-kanak sebegini, Fasha memberikan jawapannya. Sifat kanak-kanak yang jujur dan menghargai membuatkan Fasha selesa dan merasakan tidak lengkap percutiannya tanpa mereka.
Alahai loving sangat Fasha ini, dengan karakternya yang lemah lembut itu pastinya anak-anak bertambah sayang. Fasha juga akrab dengan ahli keluarga Aidil dan banyak video serta gambar mereka bersama dikongsikan di Instagram Fasha.
Jom baca perkongsian di bawah :
Jawapan Fasha ini mendapat respon dan pujian daripada peminat. Tidak semua orang ada pandangan seperti Fasha ini dan antara komen-komen mereka :
” You are so suitable to become a school teacher then. Kids will love to be your students.. Setuju sangat. Budak2 sangat jujur dan lebih menghargai kita.. “
” Suka bagi anak-anak happy mulianya hati. Riuh rendah anak2 kecil ni lagi menceriakan suasana. Strong mommy, You’re the best Fasha.. “
” Memang byk pahala kita bila ikhlas menyantuni kanak2. Kids yg cerdik2.. knpa mti rim4s kan, bagus fasha ni.. “
” Mantap lbh indah berteman dan bermain dengan anak-anak.. yang bisa buat kita tertawa.. wahh happy nye uolls. alhamdulillah rezki sentiasa ade di sekeliling aamin.. “
” Dan Fasha sandha bersama suami.. tidak kekok & memperlekehkan peminat2 cilik beliau.. tang ni… salute habis.. “
” Suka teng0k fasha dgn budak-budak. nmpk ny memang fasha suka budak2 tu yg menambahkn reziki tu.. “
” Fasha loving, Sebab tu suka fasha sanda dia tak memilih kawan.. pakaian pun santai-santai je.. Betul tu sis tgk dr wajah kanak2 ni jelas tepancar kejujuran nya.. “
Aidil juga turut men1nggalkan komennya di posting Fasha ini. Amboi Aidil, 1 team bola sepak terus ye. Kalau ada rezeki anak ramai, memang meriahlah rumah.
Setiap orang ada caranya tersendiri untuk menggembirakan diri dan Fasha suka dengan kehadiran kanak-kanak ramai sebegini. Apa pun, semoga Fasha sentiasa dikurniakan Allah kegembiraan dan kebahagiaan bersama keluarga tersayang dan success selalu dalam kerjaya.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Fasha Sandha
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..