” Jarang lah saya tengok artis lain post gambar BFF orang biasa.. ” – Netizen
Fasha Sandha Kongsi Video Thr0wback Dan Ucapan Sempena Hari Lahir Sahabat Baiknya, Syazana Mohamad Buat Peminat Tersentuh. Hebat Sungguh, 20 Tahun Bersahabat Tak Pernah Ada Sal4h Faham !!
Nur Fasha Sandha Binti Hassan yang lebih dikenali sebagai Fasha Sandha di kalangan peminat adalah pelakon berbakat tanah air. Isteri kepada pelakon Aidil Aziz ini sering dipuji peminat mempunyai sikap yang tidak somb0ng dan selalu merendah diri.
Melalui tinjauan di Instagram miliknya, Fasha Sandha berkongsi video throwback bersama Syazana sepanjang persahabatan mereka. Di ruangan kapsyen juga, Fasha mengucapkan selamat hari lahir diiringi doa buat sahabat baiknya itu.
Fasha juga menulis bahawa sepanjang 20 tahun bersahabat tidak pernah berlaku sal4h faham antara mereka walaupun sekali. Perkara ini sangat mengagumkan kerana jarang ada persahabatan yang boleh bertahan tanpa ada masal4h untuk jangka masa selama itu.
Walaupun Fasha adalah selebriti, keakraban mereka jelas terlihat dalam video tersebut. Moment indah yang dirakam bersama Syazana menjadi bukti, siapa sahaja boleh menjadi teman sejati tanpa mengira pangkat, harta dan juga kedudukan.
Jom ikuti perkongsian video di bawah :
Keakraban di antara Fasha dan sahabat baiknya, Syazana mendapat pujian peminat. Rata- rata mengucapkan selamat hari lahir untuk Syazana. Antara komen-komen mereka adalah :
” Happy birthday syazanamohamad.. semoga Allah sentiasa bersama kamu melindungi seluruh keluarga dr C0vid 19 dan diperluaskan rezeki seluas lautan aminn.. ” – Aidil Aziz
” Kak, Jarang lah sy tgk artis lain post gamba bff org biasa.. Suka akak, Happy birthday dear Nana, Best ad sahabat yg baik.. “
” Happy birthday Syazana Mohamad, semuga panjang umur, murah rezeki, berbahagia disamping suami dan anak2 serta keluarga2 dan berbahagia juga disamping sahabat2 yg membahagiakan. Aaaminnn.. “
” Happy birthday Syazana, Moga persahabatan kalian kekal ke akhir hayat, May Allah bless u guys always, susah nak dapat sahabat yg mcmni.. “
” Perghhh terbaek arrr fashasandha.. teringin ada sahabat sebaik dia… Happy birthday dear syazanamohamad, May Allah grant you with good health happiness and prosperity.. amiin.. “
” Bff saya pun nama dia Syazana tapi Syazana Yusoff. Kami dah 13 tahun since 2007. Best kan, Susah dpt sahabat mcm ni. Happy birthday Sayazana Mohamad bff fashasandha.. “
” Teringin utk berjumpa dgn fashasandha… minat fasha dr dulu2 lg, HB Bff fashasandha.. semoga persahabatan kekal hingga ke Jannah.. Aamiin.. “
Bertuah Fasha mempunyai sahabat baik yang sentiasa ada di saat susah dan senang. Kasih sayang sebegini yang harus dicontohi. Kami di Berita Kopak mendoakan semoga persahabatan di antara Fasha dan Syazana berkekalan sampai ke akhir hayat. Amin.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Fasha Sandha
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copyright akan dikenakan..