” Mesti yang ejek korang dulu menyesal.. ” – Netizen
Amira Othman Kongsi Video Glow Up Challenge Versi Adik Beradik. Wah Cantik-Cantik Dan Kacak-Kacak Sungguh Adik Beradik Amira Ni. Jauh Beza Masa Kecil Dengan Sekarang. Semua Helokkk !!
Amira Othman antara penyanyi yang mendapat tempat di hati peminat seni tanahair. Nyanyian lagu hits nya berjudul Hati-Hati menjadi siulan peminat dan corong-corong radio. Amira yang juga merupakan bekas peserta rancangan realiti TV, Akademi Fantasia musim ke 10.
Adik lelaki Amira juga kini sudah mula berjinak-jinak dalam dunia nyanyian iaitu Irfan Haris. Amira yang tidak hanya menonjol sebagai penyanyi juga turut melebarkan sayapnya ke bidang lakonan. Seringkali berkongsi gambarnya bersama Irfan, keakraban dua beradik ini memang jelas kelihatan.
Meninjau akaun Instagram Amira, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gambar Amira sekeluarga ketika zaman kanak-kanaknya dahulu. Amira yang membuat ‘glow up challenge’ versi sibling ini menunjukkan perbezaan wajah mereka dahulu dan kini.
Dalam video ini, paparan gambar menunjukkan wajah Maria, Amira, Sadiq, Haiqal, Nurin dan Irfan dan mereka kesemuanya 6 beradik membesar menjadi jelitawan dan jejaka kacak. Lihat sahaja perubahan wajah masing-masing memang wow sangat.
Jom tonton video di bawah :
Memang berubah betul wajah keenam-enam mereka dan ini mendapat perhatian peminat. Ramai yang memuji kecantikkan dan ketampanan wajah mereka. Antara komen-komen mereka :
” My god semua helok-helok. Ok mana yg single tu blh pilih sadiq haiqal ke irfan hehe.. Boleh try nasib ni heheh.. “
” Bila besar semua handsome dan lawa. Cantik dan kacak semua. berbeza sangat-sangat.. keturunan kacak cantik ni.. “
” Mesti yang ejek korang dulu menyesal, Ok teringat mse irfan kecik2 korng panggil alish eh.. comel sangat masa kecil Irfan tu.. “
” Cantik semua, tak gelak tapi teruja tengok sebab semua pun helok sangat.. Kacak, cantik satu family segak nohh.. “
” Tak gelakkk pun. Semua mukaaa helokkkk sangattt aihh. Keturunan lawa-lawa dan hensem-hensem ni.. “
” Semua helokkkk. Eeee purrrrfect. Cantik hensem besar-besar nih. So so cute.. Irfan dari kecik dah comel erk.. “
” Yang lelaki helok-helok haa. handsome macho betul, boleh cair hati gadis-gadis tengok.. Yang girl pun ayu-ayu semua.. “
” Semua cecantik, handsome2.. Heloq sngt aihhh.. Glow up dia betul2 naiseeeee.. lawooo handsome semua dah besar.. “
Ketara berbeza wajah Amira dan adik beradiknya ini ketika kanak-kanak berbanding sekarang. Jika dulu com0t, sekarang tidak lagi dan semuanya sudah cantik dan kacak bergaya. Apa pun, semoga Amira sekeluarga sentiasa dilindungi Allah. Aamin..
Silakan SHARE..
Sumber : IG Amiraa Othman, IG Irfan Haris
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..