” Happy bila dengar dari mulut Tokti umumkan sendiri.. ” – Netizen
Video Dato’ Siti Nurhaliza Mengesahkan Berita Kehamilan Keduanya Ketika Sesi TwoGether Launching Live Stream. Alahai Comel Sangat Ayat T0nggang Terbalik Dato’ Siti Tu. Kelakar La Tokti !!
Baru sahaja sebentar tadi, penyanyi kesayangan ramai Dato’ Siti Nurhaliza berkongsikan berita tentang kehamilan keduanya di Instagram. Setelah berteka-teki berbulan-bulan lamanya, akh1rnya persoalan peminat terjawab dengan kenyataan rasmi daripada Dato’ Siti ini.
Hasil tinjauan kami di Instagram Dato’ Siti, telah dikongsikan posting terkini berupa video ketika sesi TwoGether Live Stream yang berlangsung pada jam 2.00 petang tadi. Apa yang menariknya, Dato’ Siti dan suaminya Datuk Seri Khalid Jiwa membuat pengumuman rasmi tentang berita gembira ini.
Dato’ Siti yang mengakh1ri live streaming ini dengan berita kehamilan keduanya ini turut mengesahkan desas desus yang tular semenjak dua menjak ini. Dato’ Siti turut menerangkan bukan niatnya untuk merahsiakan tentang kandungannya ini namun menanti waktu yang sesuai untuk diumumkan kepada umum.
Wajah Dato’ Siti dan Datuk K yang tidak dapat menyembunyikan perasaan gembira mereka sehinggakan Dato’ Siti sendiri sukar menyusun ayat untuk memberitahu dirinya hamil. Dato’ Siti turut sama mengharapkan peminat dapat mendoakan kehamilannya ini sehingga saat melahirkan dipermudahkan.
Jom tonton video di bawah :
Pengumuman secara live ini meraih perhatian daripada peminat setia Dato’ Siti. Rata-ratanya gembira dan teruja mendengar daripada mulut Dato’ Siti sendiri. Antara komen-komen mereka :
” Tahniah Dato’ Siti.. Allah sayang.. rezeki terindah. InsyaAllah zuriat menjadi anak soleh solehah asbab kebaikan dan rahmat seluruh alam.. ” – Ebit Lew
” Alhamdulillah. Congrats Im so excited for you kak iti.. Tahniah Aafiyah nk jadi kakak. Moga tokti sentiasa dalam lindungan Allah, sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik.. “
” Tahniah tokti. I cry. Tak sabar tunggu malam ni.. Semoga selamat sehingga melahirkan nanti dan diberi kesihatan dan keberkatan buat tokti dan keluarga.. “
” Tahniah kesayangan kami. Moga dipermudahkan segala urusan. Excited pulak sama macam kita lak yang pregnant.. “
” Alhamdulillah, tahniah tokti. Syukur kita pulak sebak dengar. Happy sangat.. Semoga semua dipermudahkan dan sihat selalu.. “
” Tahniah Tokti, yeayy Aafiyah nak jadi kakak dah. Mesti Aafiyah paling gembira nak dapat adik.. Tu sampai c1um-c1um perut mak itu aritu.. “
” Aafiyah la bagi kantoi hari tu hehe. Pandai dia, tahniah tokti. Happy bila dengar dari mulut Tokti umumkan sendiri. sampai senyum sorang-sorang.. “
Silakan SHARE..
Sumber : IG Ctdk
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..