” Patutlah Lofa buah hati mama penyejuk mata, tengoklah aktiviti mereka.. ” – Netizen

Video Neelofa Mengaji Bersama-sama Ibunya Raih Perhatian Netizen. Alhamdulillah Sejuk Perut Ibu Yang Mengandungkan, Semoga Terus Istiqamah !!

Bulan lalu, keputusan selebriti dan pengacara popular, Neelofa yang mengesahkan dirinya berniqab telah menarik perhatian ramai. Rata-rata peminat dan netizen telah menyambut baik akan keputusan Neelofa untuk tampil memakai niqab.

Sebelum itu ibu Neelofa, Datin Noor Kartini turut berkongsi sebuah video menunjukkan penampilan terbaru anaknya itu yang menampakkan bahagian matanya sahaja. Ramai yang mendoakan semoga apa yang dilakukan Neelofa ini kan kekal berterusan.

Hingga kini, apa yang dikongsikan oleh Neelofa di laman media sosial sudah pasti menjadi perhatian ramai lebih-lebih lagi secara umum Neelofa telah pun bergelar tunang kepada PU Riz dan dikatakan akan mengakhirikan zaman dar4nya pada tahun hadapan.

Terbaru, hasil tinjaua di akaun Instagram milik fans Neelofa iaitu lovemeorwoome telah berkongsi satu video yang dirakamkan oleh Neelofa sedang mengisi masa lapang bersama ibunya Datin Kartini untuk mengaji Al-Quran bersama-sama.

Tonton perkongsian video tersebut di bawah ini :

Perkongsian tersebut turut mendapat reaksi daripada para netizen. Antara komen-komen yang diterima :

 ” Inilah msanya nak habiskan msa dgn mama, blh mama bg petua apa yg patut, thn dpn dgn suami pula kan.. “

” Patut le Lofa buah hati Mama penyejuk mata, tengoklah aktiviti mereka berdua.. Aamiin Ya Rabb acik tumpang kasih sebab tak ade anak perempuan.. “

” Alhamdulillah, berseri wajah mommy Tini, seronok kan sama-sama luangkan masa mengejar pahala, semoga terus istiqomah.. “

” Anak yang baik, alhamdulillah, banyak perubahan Lofa yang patut dijadikan contoh dan diberi pujian, tahniah.. “

Video tersebut turut mendapat tanda like 5 ribu lebih daripada para netizen yang menyukai perkongsian itu. Wah memang terbaik lah, patut lah Neelofa ni sentiasa berjaya dalam hidupnya, Neelofa sentiasa utamakan agamanya dan ibunya dalam kehidupan hariannya.

Alhamdulillah perkongsian yang menarik, mungkin dapat dijadikan contoh untuk kita semua berjaya di dunia, akhira perlu diutamakan. Apa-apa pun, kami mendoakan semoga Neelofa akan terus istiqomah dalam penghijrahan barunya ini. Aamin.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Lovemeorwoome, Neelofa, Noor Kartini

Aktikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa  kebenaran, report untuk copyright akan dikenakan..