” Kenapa sweet sangat pak mertua dan menantu.. ” – Netizen

Elly Mazlein Kongsi Gambar Suaminya Sedang Mengambil Gambar Ayahnya Buat Peminat Terhibur. Amboi Sampai Macam Tu Sekali Cikgu Azlan Ambil Gambar Pak Mertua. Alahai Bukan Main Sweet Lagi !!

Hubungan suami selebriti Elly Mazlein iaitu Cikgu Azlan bersama bapa Elly sememangnya sangat akrab. Hal ini membuatkan Elly berasa gembira kerana bapanya kini mempunyai seseorang yang boleh diajak berbual dan berkongsi minat yang sama.

Elly selalu berkongsi aktiviti suami dan bapanya di akaun Instagram namun entri kali nampak begitu menarik sekali kerana gelagat menantu dan bapa mertuanya nampak sweet bukan main lagi. Gambar yang dikongsikan oleh Elly memaparkan suaminya sedang mengambil gambar bapanya.

Rupanya sudah menjadi satu kebiasaan buat cikgu Azlan mengambil gambar bapa mertuanya itu. Selain daripada menjadi rakan berbual, mereka juga sering meluangkan masa bersama-sama menonton perlumb4an motor atau Formula 1 bersama-sama.

Wah, nampaknya mereka mempunyai minat dan hobi yang sama dan mungkin disebabkan ini hubungan mereka berdua begitu rapat seperti seorang kawan. Elly turut meluahkan rasa seronoknya apabila melihat hubungan baik antara suami dan bapanya itu.

Jom lihat perkongsian di bawah :

Perkongsian Elly ini telah membuatkan ramai netizen berasa gembira dan bersyukur melihat keluarga ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen :

” Alaa. menantu kesayangan. Kita yg tgk pun seronok… Kbhgiaan yg sebenar kan kak pom kan.. Semoga Allah pelihara kebahagiaa kak pom sekeluarga.. “

” Hahhahah nie lg pak mentua suke pandai amek gmba smpi begitu haaa . Terbaik kak. Haaha aloorh knp sweet sgt pakmertua n menantuny.. Alhamdulilah beruntung kak pom2.. “

” Alhamdulillahhh abah kaklina pon ada kawan kan. Buddy buddy .Amboiiii… abah nampak makin mudaaa… sejak2 dah geng dgn menantu kesayangan niii… “

” Mana di letaknya gmbr tu kak lina? Ada instagram ke. Alhamdulillah bagus mcm tu kak…. Ada tempat bapak kita nk kongsi happy… “

” Ya Allah. Hensem pakcik haa. Bergaya tau. Btw kiur giler menantu dan ayah awak kak lina. Rapat betul diorang. Fuyooo masih segak la abah kak lina.. “

” Huntongglahhh kepom…. semoga bahagia dunia akhirat.. Ye sy pon dpt aura keakraban mereka.. semoga bahagia till jannah ye kak lina pompom.. “

” Lawanyaa rumah kak pom pom.. i like that pink sofa. Smga bhagia ke jannah kak lina. abah sis suka OOTD cm. kitagak ni. hikk.. “

Semestinya bapa Elly bertambah seronok apabila cikgu Azlan kini banyak meluangkan masa di rumah. Semoga hubungan baik antara mereka terus berkekalan. Begitu juga semoga jodoh Elly Mazlein dan suami terus berbahagia hingga ke jannah.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Elly Mazlein

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..