” Noah is super cute, he look so add1cted with the twin.. ” – Netizen

Video Anak Datuk Dr Sheikh Muszaphar, Sheikh Noah Dan Sheikh Adam Meriba Adik Kembar Mereka, Eusoff Dan Emelia. Alahai Comel Sangat Bila Twin Jaga Twin. Part Baca Doa Tu Mencuit Hati, Kelakar Lah Abang-Abang Ni !!

Hari ini sudah hari ke 9 selepas kelahiran cahayamata baru angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar dan Datin Dr Halina Mohd Yunos. Dikurniakan sepasang kembar lelaki dan perempuan, ini menjadikan mereka sebagai anak kembar kedua untuk Dr Sheikh dan Dr Halina.

Terdahulu Dr Sheikh sudahpun memiliki sepasang anak kembar lelaki bernama Sheikh Noah dan Sheikh Adam. Sudahpun berusia 3 tahun, Noah dan Adam anak yang bijak dan banyak akalnya. Lincah dan petah bercakap, banyak video Adam dan Noah yang dikongsikan oleh Dr Sheikh di Instagramnya.

Meninjau akaun Instagram Dr Sheikh, telah dikongsikan video terkini kembar Eusoff dan Emelia bersama Noah dan Adam. Mereka yang memangku seorang satu adik baru mereka itu nampak sangat gembira dan seperti abang-abang gayanya.

Noah dan Adam juga tidak hanya menyanyi, malahan turut mengalunkan zikir untuk Eusoff dan Emelia. Dr Sheikh turut menulis di kapsyennya sedikit nasihat dan tips untuk ibu bapa lain agar cuba mencari masa untuk mendengar apa yang diperkatakan oleh anak-anak kerana banyak yang dapat dipelajari.

Jom tonton video di bawah :

Gelagat Adam dan Noah menjaga adik-adiknya ini menarik perhatian peminat. Pandai sangat melayan baby Noah dan Adam ni. Antara komen-komen mereka :

” SubhanaAllah… so sweet and adorable. Abang Adam and Abang Noah dodoi Adik Adik with zikir. By the way, doa that Adam recite is NOT ONLY FOR MAKAN. It can be used in every aspect of life. Adam knows better, it seems.. “

” Auw.. So so cute.. U are indeed a good example on how to be a real parent, whom not bragging about material things you can give to your kids but the love and kindness that must be nurture in their soul from small-which many have forgotten.. “

” Noah is super cute.. he look so addicted with the twin. you will be a good brother to Eusoff and Emelia.. Adam is more protective, i guess.. “

” Dr. Anak Dr tu bacakan doa makan untuk adik ke. Comel je baca doa, comel sangat abang twin ni.. Doa yang baik untuk murah rezeki.. “

” Alhamdulillah dapat dua adik, takde la berebut adam and noah. They’re sooooo cute, mashaa Allah.. “

” Baca doa makan.. subhanaAllah.. comel sangat sangat.. both baby pon elok je tak nang1s.. Abang-abang yang penyayang sungguh.. “

” So clever and loving brother. Noah like particular person. He keep checking every single matter at emilia face. Soo adorable.. “

Gembira sungguh wajah Noah dan Adam apabila dapat meriba adik mereka ini. Pastinya kasih sayang yang diterapkan oleh Dr Sheikh meresap ke jiwa anak-anak yang penyayang ini. Semoga Dr Sheikh sekeluarga sentiasa dilindungi Allah dan gembira selalu bersama.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Dr Sheikh Muszaphar Shukor, IG Dr Halina

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..