” Lagi dua orang anak Aidil ke, tak pernah nampak yang 2 tu.. ” – Netizen
Kongsi Gambar Bersama Anak-Anak Dengan Kapsyen Mother Of 5, Perkongsian Fasha Sandha Cur1 Perhatian Peminat. Eh Anak Yang Mana Pulak Dan Ini Jawapan Fasha. Meriah Ramai Anak Macam Ni, Comel Semua !!
Apa sahaja yang dikongsikan figura cantik ini tentu menjadi tumpuan peminat tanahair. Fasha Sandha pelakon cantik yang kini sudahpun bergelar ibu kepada 3 orang cahayamata iaitu Putra Rayfal, Putri Raysha Jemaima dan Aisha Hamaira.
Kehidupan Fasha yang semakin gembira dan bahagia bersama Aidil membuatkan peminat teruja. Kemesraan Fasha dan keakraban bersama keluarga Aidil serta cara mereka bersama menyenangkan peminat. Hidup secara sederhana dan aman damai termasuklah dengan bekas suaminya, Jejai Ashram.
Meninjau akaun Instagram Fasha Sandha, telah dikongsikan sekeping gambar Fasha bersama Aidil dan anak-anak mereka. Namun apa yang menjadi tumpuan adalah kapsyen Fasha itu sendiri yang menulis ibu kepada 5 orang anak. Umum mengetahui anak mereka cuma 3 orang dan kehadiran 2 lagi wajah di situ menjadi persoalan.
Sememangnya kehidupan Fasha sering diikuti rapat peminat-peminat setianya. Tambahan lagi Fasha cukup aktif di Instagram dan selalu berkongsi video tentang mereka sekeluarga. Kelahiran Aisha semakin membuatkan bilangan pengikut Fasha bertambah sehingga sudah mencecah 5.1 juta pengikut.
Jom baca perkongsian di bawah :
Gambar dan kapsyen Fasha ini menjadi tanda tanya kepada peminat. Nampak mesra semua dan antara komen-komen mereka :
” Seronok kan kalau anak ramai.. Meriah. Comel2 semua, yang penting menjadi anak2 soleh solehah, aamiin.. “
” A beautiful family MashaAllah. May Allah keep you and your family safe under His blessings and protection. Aameen.. “
” Tak pernah nampak yang 2 tu.. Lagi dua orang anak Aidil ke.. Soon to be 6, semua cantik handsome anak Fasha.. “
” Comelnyaaa bby girl.. Ya Allah mudah mudahan next pregnancy dapat gegirl. Family bahagia, comel je semua anak Fasha.. “
” Semua bunga, satu jer kumbang.. Hehe boleh tambah lagi baby tahun dpn.. Yeayyy boleh tambah lg… “
” Ger4m ye la yg kecik tu mate cam ank jepun sgt tau. Muka nang1s pun comel je Aisha like Mother so cantik .. “
” Besarnye family… meriah.. Semoga bahagia hinggga jannah. Moga terus sentiasa dlm rahmat dan lindungan Allah swt.. Happy for you.. “
” Aidil dah pernah berkahwin ke sebelum ni, Yang 2 lagi tu anak sape. Tak pernah nampak sebelum ni.. “
Fasha dilihat membalas salah satu komen peminat yang bertanyakan tentang 2 orang lagi ‘anak’ dalam gambar mereka sekeluarga itu.
Oh rupanya bestfriend Jemaima yang sudah dianggap Fasha seperti anak sendiri. Meriah sungguh ada anak ramai pastinya riuh dengan macam-macam perangai. Apa pun, semoga Fasha sentiasa gembira bersama keluarga tersayang dan dikurniakan rezeki yang melimpah ruah selalu. Aamin.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Fasha Sandha
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..