” Handsome lah adik lelaki Anju, macam Edika Yusof.. ” – Netizen

Kongsi Gambar Bersama Keluarga, Namun Wajah Adik Lelaki Zarina Anjoulie Raih Perhatian Peminat. Wahhh Handsome Adik Anju !!

Rumah tangga dan keluarga akan terlihat sangat bahagia jika semua orang saling berkasih sayang. Keluarga yang bahagia merupakan idaman setiap insan. Memiliki dan membina keluarga yang bahagia mestilah mempunyai asas yang kuat. Tugasnya tidak terletak kepada ibu bapa sahaja, malah semua pihak haruslah memainkan peranan masing-masing.

Melihat kepada kehidupan Zarina Anjoulie atau lebih mesra dengan panggilan Anju, dirinya sangat mementingkan keluarga dalam hidup. Bagi Anju, keluarga adalah segala buatnya. Baru-baru ini Anju telah berkahwin dengan jejaka pilihan hatinya, Eilyas Azhar. Kehidupan mereka selepas berkahwin terlihat sangat membahagiakan.

Dalam tempoh ‘Perintah Kawalan Pergerakan’, semua orang pastinya terkesan terutama kepada anak yang menetap jauh daripada keluarga. Hasil tinjauan di ruangan Instagram Anju, beberapa perkongsian gambar memaparkan Anju dan keluarga meluangkan masa bersama. Tulisnya, Anju merindukan keluarganya yang kini berada di Melaka.

Kelihatan manis sahaja senyuman Anju dan sekeluarga dapat berkumpul dengan satu keluarga. Bukan itu sahaja, perkongsian Anju ini sedikit sebanyak memberikan nasihat yang positif kepada pengikutnya. Anju turut berpesan supaya sebagai anak sayangilah kedua ibu bapa dan jaga mereka seperti mana mereka kita dahulu.

Jom ikuti perkongsian di bawah :

Lagi, perkongsian gambar bersama keluarga oleh Anju:

( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya.. )

Rata-rata memberikan banyak tanda suka kepada perkongsian Anju. Peminat juga berpendapat wajah Anju yang cantik sangat sama seperti muka daddy. Bukan itu sahaja, wajah adik lelaki Anju turut menjadi tumpuan apabila dikatakan seiras dengan Edika Yusof dan juga Afgan. Antara komen-komen yang dit1nggalkan :

“ Mcm Edika Yusof.. Sump4h anju.. you look exactly like your dad tau.. Muke anju, cam daddy sangaatt.. “

“ Muka yg di tutup tu siapa.. Moga anju bahagia ngn family semua.. anju c0py paste abah btul.. dik beradik semua ikut muka bapak ye cantik2 hensem2… “

“ Pernah deal bisnes ngn daddy anju ni.. br tau hahaah.. npe tutup muka mama.. Boleh tak nk tgk gambo abah anju masa muda2.. mesti hensem kan.. “

“ Afgan ke tu.. Cecantik semua.. Happy family.. Hensem pak hang.. nsem lah adk laki anju.. Muka abah menurun ke anju sebijik… “

“ Keluarga hidung mancung.. Fuhhh jeles dgn hidung muuu.. C0py paste Muka anju & ayah sebijik segolek selentang.. “

“ Rupa daddy lah.. Abah anju muka anju sgtt anak abah.. Anju mmg sebijik muka abah dia.. Yg tutup muka tu sapa Adik u ke.. “

“ Mana tumpahnya kuah kalau tidak kenasi.. daughter father look alike.. Amazing beautifully family kak anju.. “

Bahagia dan harmoni melihat perkongsian gambar Anju bersama keluarga. Wajah adik beradik Anju sememangnya nampak cantik dan kacak. Apa-apa pun kami di Berita Kopak mendoakan Anju dan keluarga agar sentiasa sihat sentiasa dan bahagia hingga ke syurga. Aamiin.

Silakan SHARE..

Sumber : IG anjoulielavocah1

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..