“ Alhamdulillah tercapai niat nak buat birthday Aminah.. “ – Syaheera

Gambar-Gambar Sekitar Sambutan Hari Lahir Anak Fad Bocey, Nur Aminah Mishall. Amboi Bukan Main Happy Lagi Aminah Dapat Celebrate Tema Unicorn, Comel !!

Walaupun Malaysia masih lagi dalam tempoh kawalan pergerakan bagi mengurangkan wab4k C0vid, ianya tidak menjadi satu permasalahan kepada ibu bapa menyambut ulang tahun kelahiran anak-anak tercinta. Tidak bermakna anak tidak boleh bergembira walaupun sambutan tidak dapat dilakukan seperti biasa.

Baru-baru ini, isteri Fad Bocey iaitu Syaheera A. Rahman telah memuatnaik gambar sambutan ulang tahun kelahiran puteri mereka, Nur Aminah Mishall. Pantas masa berlalu, puteri sulung dan penyeri rumah tangga mereka kini telah memasuki umur 3 tahun.

Syaheera menzahirkan rasa syukur kerana niatnya yang tercapai untuk menyambut ulang tahun anak tercinta. Syaheera juga turut berharap dan mendoakan yang baik-baik untuk anak perempuannya. Kelihatan mereka juga mengenakan pakaian yang seragam dengan tema warna putih. Alahai comelnya semua anak-anak Fad dan Syaheera.

Jika dilihat pada dekorasi walaupun kelihatan simple tetapi sangat cantik. Bukan itu sahaja, tulis Syaheera segala dekorasi, tema dan kek dipilih sendiri oleh Aminah. Pastinya Aminah sangat gembira dengan pilihannya apabila kartun unicorn kegemaraannya turut di gayakan dalam majlis hari jadinya.

Jom ikuti perkongsian gambar di bawah :

Lagi, perkongsian gambar ketika birthday Aminah:

Perkongsian Syaheera telah meraih perhatian peminat dan mendapat banyak tanda suka Rata-rata memberikan ucapan ‘Selamat Hari Lahir’ buat Aminah dan mendoakan baik-baik untuknya. Antara komen-komen yang dit1nggalkan :

“ Happy birthday aminah.. Semoga membesar cantik macam antie ya.. Happy birthday aminah.. Happy Birthday Aminah sayang.. “

“ Happy birthday Aminah.. Happy birthday aminah semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki Aamiin ya Rabbal A’lamin.. “

“ Ingatkan fad pakai kasut unicorn.. Happy birthday aminah.. Happy birthday pretty girl.. semoga aminah menjdi anak yg solehah.. happy birthday Aminah.. “

“ Comelnya semua.. happy birthday Aminah.. Semoga jadi penyejuk mata dan hati ibu dan ayah ya.. “

“ happy birthday the cute one aminah sayang.. kakak doakan semoga aminah membesar dgn sihat dan cergas., jadi anak yg solehah dan jadi kakak yg baik utk adik baby n abg2.. “

“ Happy birthday Aminah.. Semoga membesar menjadi anak yang solehah.. happy Birthday aminah.. didoakan membesar menjadi anak solehah yg berjaya di dunia n akhir4t.. “

“ Happy birthday aminah syg..  semoga menjadi anak solehah.. semoga aminah menjdi anak yg solehah.. happy birthday Aminah.. “

Orang dewasa pun teruja apabila ulang tahun kelahiran disambut oleh insan tersayang apatah lagi kanak-kanak usia seperti Aminah. Ulang tahun ini pastinya sangat bermakna dan kenangan berharga untuknya. Di kesempatan ini kami di Berita Kopak juga ingin mengucapkan ‘Selamat Hari Lahir’ buat Aminah dan berharap segala yang baik-baik dikurniakan dalam kehidupan.

Silakan SHARE..

Sumber : IG syaheeraarahman

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..