” Comel, pekat sangat Ganu Zayne.. ” – Netizen
Video Anak Mat Dan, Zayne Tyler Menyanyi Lagu Anak Tupai Buat Ramai Terhibur. Amboi Bukan Main Pekat Betul Bunyi Loghat Terengganu Dia, Comel Sungguh Suara Zayne !!
Nama Mat Dan sudah tidak asing lagi di Malaysia. Bermula sebagai seorang pengembara namun akhirnya hati Mat Dan terus terpaut di Malaysia. Mat Dan atau nama sebenarnya Mohammad Kareef Daniel bin Abdullah sudah menetap di Malaysia sejak dari tahun 2009.
Mat Dan turut memilih gadis Malaysia sebagai suri hatinya iaitu Nadifa Adnan yang berasal dari Terengganu dan perkahwinan mereka telah dikurniakan dua orang cahaya mata. Cahaya mata kedua Mat Dan baru sahaja beberapa hari lepas selamat dilahirkan.
Anak sulung Mat Dan iaitu Muhammad Zayne Danial James Tyler baru berusia 2 tahun. Meninjau ke akaun Instagram, Mat Dan banyak berkongsi gambar dan video bersama anaknya itu. Malah keletah Zayne sering mencur1 perhatian netizen.
Antara video yang begitu menghiburkan dari Zayne ialah video Zayne menyanyi dalam loghat Terengganu. Loghat Zayne yang begitu pekat itu membuatkan ramai kagum. Amboi, Zayne bijak sangat ni. Comel je Zayne menyanyi dalam loghat Terengganu ye.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini telah membuatkan ramai netizen terhibur dan memuji Zayne yang begitu pandai bercakap dalam loghat Terengganu. Antara komen-komen yang diberikan netizen :
” Pekat ngattt ganuu terr zayne…. comelll. Tak jemu jemu replay.. bijok. pandai dia nyanyi.. Comel pulak tu. Ger4m tengok.. “
” Bagus lah… Buleh lake kecek omputeh n ganu kite.. Ger4mmm nye nak geleng gekeng kepala jugak.. Comel zayne.. “
” So cute Zayne. Bijaknye mulut diaaaa. ger4m pulak. Pandai dia menyanyi. Comel sangat suara dia tu. Ger4m aih.. “
” Ya Allah cute nye.. terhibur pagi ni . Alolo cutenya zayne. Semoga menjadi anak soleh.. Comel dan bijok zayne ni. Tengganu ter.. “
” Masyaallah comel. Boleh gi jauh ni.. Masuk ajl sat lagi. Suara tu comel secomel orangnya. Pandai zayne nyanyi.. ”
” Cute laa zayne ni lembut je suare. Anok tetooo anok tutai, Arggh so cute la your son brother.. Too cute and adorable.. “
” Cerdiknylahhh.. agaknya brpe tahun zayne skrg ye. Pandai molek, penoh jupe depang.. Ajok selfie senyum mewek.. Hnsem boy.. “
Alahai, comelnya suara Zayne. Muka mat salleh tetapi cakap Terengganu. Untuk makluman, Mat Dan sering berkomunikasi dalam bahasa Melayu bersama anaknya itu. Semoga Zayne membesar dengan bijak, menjadi anak yang taat ibubapa serta anak yang soleh.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Mat Dan
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..