” 10 tahun kahwin tiada rezeki baby, syukur kali ini.. ” – Abby Abadi

Abby Abadi Dan Suaminya Bantu Pasangan Yang 10 Tahun Berkahwin Tetapi Masih Belum Dikurniakan Cahaya Mata. Gigih Abby Dan Suami Sampai Ke Kuala Terengganu Jam 1.30 Pagi Untuk Serahkan Anak Angkat !!

Umum mengetahui, Abby Abadi dan Suaminya, Muhammad Faizal sering membantu menguruskan penyerahan anak angkat daripada ibu kandung kepada keluarga angkat. Malah pasangan ini dengan rela hati mencurahkan bakti demi untuk membanter4s kes pembu4ngan bayi yang berlaku dalam masyarakat kita.

Terbaru, hasil tinjauan di akaun Instagram memaparkan perkongsian Abby yang telah menyerahkan bayi kepada pasangan suami isteri di Kuala Terengganu. Info yang dikongsikan, pasangan ini telah berkahwin selama 10 tahun dan masih lagi tidak dikurniakan cahaya mata.

Abby memaklumkan wanita ini telah 3 kali kegug0ran sepanjang perkahwinan mereka. Apatah lagi kegug0ran kali terakhir sangat dirasai kerana hampir enam bulan mengandung. Lantas Abby dan suami mengambil tindakan memberikan bantuan menyerahkan seorang anak angkat yang diberikan oleh ibu kandungnya kepada pasangan ini.

Walaupun gambar bayi tidak dipamerkan sepenuhnya, kelihatan kulit bayi yang putih dan mulus. Mulia sungguh hati Abby dan suami sanggup bertolak dari Kota Bharu pada lewat malam dan akhirnya sampai ke Kuala Terengganu jam 1.30 pagi demi berkongsi kegembiraan dan anugerah Allah ini.

Jom ikuti perkongsian gambar di bawah :

( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya.. )

View this post on Instagram

Alhamdullillah Syukur 😍 Suami Sy @jaiezzany berjaya bawak kereta dari KB 11:30 pm, sampai ke Kuala Terengganu kul 130am. Kuat betul kesayangan Sy ni hehe.. Sy ngantuk dah.. tp tidur2 ayam je sebab pegang baby kan.. 🤭 . 11.11.2020 130am Berjaya memberi kebahagiaan kepada sepasang lagi pasangan yg belum dikurniakan anak walaupun sudah 10tahun mendirikan rumahtangga. (Sebelum ni lebih 30 pasangan atau mungkin lebih yg dah bahagia Sy bantu dptkan baby angkat, cuma Sy p&c )😉 . Berbalik pada pasangan ini, 3x gugur katanya takde rezeki. Yg last terasa sangat sbb dah 6bulan setengah. Tp tulah… nk buat mcmana.. akhirnya ALLAH izinkan rezeki anak dgn jalan yg berbeza. Sy nasihatkan usahalah utk susukan. Ambillah injection, makan ubat ke.. asal baby dpt menyusu sekurang2nya 5x kenyang ye. Senang nnti bila besar 😉 . Oklah.. senget sudah.. sambung esok. Ada baby lagiii… Sy ambilllll yey 😅🤭

A post shared by Mencari redha ALLAH (@abby_abadi112) on

Bukan itu sahaja, kebanyakan netizen dan pengikut Abby memuji tindakan dan niat baiknya bersama suami. Malah, ramai juga yang tersentuh akan usaha dan nilai murni yang telah dilakukan oleh mereka berdua. Antara komen-komen netizen :

“ Alhamdulillah saya plak rasa sebak.. 5 tahun menunggu nak punya anak sendiri.. insyaallah ada rezeki tak ke mana.. Allah SWT dah rancang sesuatu yg terbaik buat sy n suami.. “

“ Ya Allah bersihnya hati kak abby dgn suami.. Alhamdulillah.. mesti seronok sgt.. sye pon dh 17 thn menanti.. tp sye tak mampu nk ambik ank angkat.. tak pe redha je.. ade rezeki ade la.. “

“ Mulianye hati awk abby, semuga awk bhgia dunia akhirat.. Alhamdulillah rezeki akk.. Mkn ubt d0mperidone utk kuarkn susu kak.. Sye pown bru ambq ank angkat.. Alhamdulillah sye berjaya bg ank dye susu bdn.. “

“ Asslmmualaikum kak abby… Sy pun ada terniat nak ambik anak angkat.. Tapi kami tak tau mcm mana syarat2 dia.. Sy kawen da 5tahun… Ingat nak ambik tahun depan.. Boleh kak abby tolong saya.. “

“ Alhamdulillah syukur kepada Allah dikurniakan puan dan tuan yg baik utk memberi bahagia kpd pasangan nie…. Semoga dipermudahkan segala urusan kamu nnti. Amin… (sya pn dh lama kawin.. 9 thn kawin tak de rezeki lg Allah nk bgi anak).. “

“ Mulianya hati kak abby dan suami.. Tahniah buat pasangan ini… semoga baby tu diberi kebahagiaan bersama mereka n mereka jgk mendpt kebahgaian asbab dri mnjga baby ni.. Aamiin.. Semoga syurga firdaus menanti. Aaminn.. “

“ Semoga Allah permudahkan kakak ni susukan baby ni.. assalamualaikum kak abby.. klu ada lgi sy nk.. Alhamdulillah.. seronok tgok cara abby & suami.. “

Bantuan dan niat baik Abby bersama suami pantas dipuji oleh peminat. Niat baiknya sedikit sebanyak telah memberikan kebahagiaan kepada pasangan tersebut. Kami di Berita Kopak mendoakan semoga Abby, suami bersama keluarga sentiasa dipermudahkan segala urusan.

Silakan SHARE..

Sumber : IG abby_abadi112

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..