” Lap tu bersungguh betul Emir. Baru betul-betul nampak kelakarnya kali ni.. ” – Netizen
Video Make Up Challenge Wan Emir Astar Bersama Mira Filzah Ala-Ala Jennie Blackpink. Alahai Makin Nak4l Emir Mengusik Mira. Part Sapu Foundation Tu Dah Macam Lap Cermin Kereta, Kelakar !!
Pasangan sweet Mira Filzah dan Wan Emir Astar sudah 2 bulan bergelar suami isteri. Perkahwinan mereka pada bulan September lalu digelar Wedding Of The Year oleh peminat-peminat. Emir yang nampak pendiam namun sebenarnya seorang yang suka berjenaka dan aksi mengusiknya kerap dikongsikan Mira di Instagram Storynya.
Meninjau akaun Instagram Wanemirafilzah ( kelab peminat Mira dan Emir ), telah dikongsikan video sedutan yang memaparkan aksi Emir make up Mira. Ini antara challenge yang diminta oleh peminat kepada Mira untuk disiarkan di saluran Youtube mereka iaitu EmirAmirah.
Sebelum ini, video pertama Mira dan Emir mendapat tontonan sebanyak 1.1 juta. Dalam video ini, Emir memilih untuk make up Mira seperti Jennie Blackpink. Apabila tangan seorang arkitek bertukar bidang menjadi juru make up, banyak kejadian melucukan sepanjang Emir menyiapkan Mira.
Untuk memeriahkan lagi video mereka, Mira dan Emir turut membuat sesi soal jawab tentang cerita Batman. Emir sememangnya meminati filem Batman dan Mira pernah berkongsikan perihal filem kegemaran suaminya ini. Percubaan pertama Emir nampaknya tidak mengecew4kan dan hasilnya kemas sekali.
Jom tonton video di bawah :
Aksi Mira dan Emir ini menghiburkan dan menarik perhatian peminat. Emir yang sangat teliti dan pentingkan kesempurnaan untuk sang isteri. Antara komen-komen mereka :
” So sweet dreams kak mira bersma suami tercinta. Memang typical lelaki tulenlaa. Semoga jodoh kalian hingga ke syurga firdaus.. “
” Gelakkkkk acikkkk pagi ni.. hil4ng stress tq tq wanemirrrraa adoiiii. Lap tu bersungguh betul hahaha. Emir Emir.. “
” So comel hahaha. Betul betul lap ni, boleh pulak macam tu. Muka cuak Emir masa part concealer tu memang buat tergelak.. “
” Setiap saat asyik tersenyum tengok gelagat suami isteri kat challenge ni. Comel sangat gaya Emir, berhati-hati betul touch up Mira.. “
” Aku tergelak sampai tersedak air liur tau part Blackpink I your area. Lawak sangat Mira, Emir pun comel je jawab tiber tiber tu. Sweet sangat.. “
” Kelakar jugak Emir ni, terhibur tengok dia. Sopan je Emir tak0t nak pegang muka Mira.. Kelakarnya time ‘lap’ foundation hahahha cute sangat. Senyum sorang-sorang tengok video ni.. ”
” Emir tangan arkitek tu eye liner menjadi hahaha.. Good job. Emir memang kelakar, baru betul-betul nampak kelakarnya kali ni.. “
Dalam bergelak ketawa, akh1rnya siap juga muka Mira disolek Emir. Walaupun nampak kekok, tapi hasilnya boleh tahan sampai Mira sendiri terkej0t. Apa pun, semoga Mira dan Emir sentiasa gembira dan menghasilkan banyak lagi video menarik selepas ini untuk tontonan peminat.
Tonton video penuh di bawah :
Silakan SHARE..
Sumber : IG Wanemirafilzah, IG Mira Filzah, Youtube Channel EmirAmirah
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..